BACKGROUND

Sunday, November 13, 2011

Sukar.

Terlalu berat emosi yang tersimpan. 
Terlalu sukar bagi saya untuk berlagak tidak ada apa-apa yang berlaku, hakikatnya saya mengetahui kesemuanya. 
YA, hampir kesemuanya. 

Sukar untuk diluahkan dengan kata-kata waima kepada orang-orang yang paling rapat dengan saya. 
Hanya SATU yang saya pegang. 
Selagi mampu saya simpan, saya TIDAK akan sesekali membuka aib orang. 

Banyak hati yang perlu dijaga. 

DOA saya semoga dia cepat sedar dengan apa yang dilakukan. 
YA ALLAH TERLALU BERAT DUGAAN MU INI.

NotaNana : Saya insan biasa yang tidak sempurna. Maaf.


Tuesday, November 1, 2011

Cinta DEBIT KREDIT budak akaun!

Tergelak first time baca. 

Cinta si pelajar accounting

 Aku akan meng-CREDIT cintaku padamu, bila kamu men-DEBIT untukku cintamu. Aku akan mencatat kisah cinta kita dalam sebuah JOURNAL, dan mem-POST-ing nya ke dalam LEDGER hatiku. 

Aku akan menjaga sebuah ACCOUNT cintamu, berdasarkan DOUBLE-ENTRY. Dengan cara ini kamu akan tahu BALANCE credit atau debit, dan AMOUNT dari cintaku padamu. Kemesraan kita tercatat dalam WORKSHEET

Kadang-kadang kita perlu lakukan ADJUSTING ENTRIES untuk menjaga cinta kita agar ia tetap kukuh. TRIAL BALANCE untuk memperlihatkan bahawa kita serius antara satu sama lain, sebab TOTAL  dari cinta kita ternyata satu dan sama. Maka kita lakukan CLOSING ENTRIES saat kita setuju untuk bernikah.

PROFIT & LOSS statement, menyatakan apa yang telah terjadi kemudian, saling melengkapi  mari bersama-2 kita lihat BALANCE SHEET kita, apa jua
ASSETS & LIABILITIES kita miliki bersama ;)

NotaNana: Credit to Nor Syuhadak Abu Bakar!


Ini classmate ACCOUNTING saya. Ini bengkel MR ACCOUNTING untuk pelajar ACCOUNTING dan kami pelajar Bachelor of ACCOUNTANCY (HONS) UiTM Jengka.



Friday, September 30, 2011

Unit Gaji punya cerita!

Fuuuuhhhhhhh (tiup habuk, sebab sangat lama tak hupdate!!!)

Hai kawan-kawan ;p

Kali ni nak cerita pengalaman kat Unit Gaji, JANM(Jabatan Akauntan Negara Malaysia), Pahang
bagi bulan OGOS.

Jujur, saya bahagia di sini. Paling penting banyak belajar benda baru. Dan pengalaman paling berharga bila tengok boss busy run gaji dan juga bonus(kan nak raya). Ternganga jugak la tengok boss run bonus untuk  58,000 kakitangan kerajaan seluruh Pahang. *wow*

Key in SG-20 punya form(for new employee,new salary's number) dan form AO (bertukar dari negeri lain) pada 1st day kat unit gaji jugak akan saya ingat sampai bila-bila. Pengalaman melihat proses key in data untuk separate cycle (ada 3 cycle smuanya) dalam government serta Spool serial number! Terima kasih buat kak Suraya Nizar yang bagi peluang untuk saya buat kerja.

Setiap hari, tak pernah bosan sebab ada je keje. So, siapa kata kerja kat government tak da keje??
Ur perception is totally WRONG!

Sebenarnya nak cerita pengalaman 1st day keje kt Wisma Persekutuan (if ada baca previous entry,last month saya kat bangunan BSN, and for this month saya kat Wisma Persekutuan), Hurm.

Boleh bla ke tak ley bla bila pagi-pagi datang ofis, dengan selambanya mintak tolong stranger tolong parkingkan kereta! Satu kali malu disitu. Berani mati beb.Nak menangis rasa bila tengok parking yang serong serong tu je ada. Dalam ati tak da ke parking yang masuk dari depan. Huhu.

Bab parking memang mencabar abes. Staf ada 900 orang (termasuk jabatan lain) tapi parking lot ada around 200 je. Nak tak nak kena terror menyelit la.

Dua kali malu bila solat Asar dua kali! Nombor DUA sanagat bertuah okey. Cheyt.
Apa kes derr?? Kesnya kena tipu dengan jam kat dinding dan suara orang Azan dari jam itu. Cehh! Kureng btol! Berani kamu mempermainkan perasaaan saya di waktu itu!!!!!! Malu gila. Gila pun tak malu macam nih! Haih!

Antara pengalaman takkan dilupakan bila saya juga dilayan dengan cukup baik oleh boss Puan Maliana, Tuan Haji Haswadi, CC Lat, CC Nawi, Kak Tiey, Kak Shi, Kak Nab, En Shah, En Anas, En Alif, En Aizat, En Zizi dan kakak-kakak senior yang lain. Tak lupa Kak Shiera ;)

Percaya lah, saya sangat menghargai ilmu yang diberikan oleh anda semua. Pengalaman buat report untuk Penyata Pemungut, buat surat Penahanan Gaji, menghadiri pelbagai jenis kursus dan kerja-kerja seangkatan dengannya sangatlah saya hargai.

Tak lupa pengalaman menyediakan Minit Perbincangan Mesyuarat Post Pengurusan akan dikenang sampai bila-bila. Tiga kali kena reject derr! *Loser*

NotaNana : I will always remember this!"Your presentation is NOT based on your personality BUT it is based on your work"

Staf lelaki AG YANG KACAK LAGI GAGAH ;)

Perempuan-perempuan CANTIK dan COMEL di AG  :)

Thursday, July 28, 2011

I wish I was there!

Malaysia vs Singapura! 

Honestly, kalo saya ada kat KL memang da lama saya ada kat Stadium Bukit Jalil, jadi salah sorang pompom girl yang tidak bergaji. Heee. Join my other friends. Jujur cakap jeles tau tak bila kat FB smua friends busy nak gi stadium. Da la miss chances nak tengok Liverpool, Chelsea dan Arsenal. *SIGH* 

Tapi apakan daya since da keje schedule teramat tight. Dan saya di Kuantan. Trust me, zaman belajar memang tetap terbaik. Semuanya terletak pada jati diri (I mean if nak gi kelas ke tak, nak makan apa, smuanya you have to decide on your own). Ecececeh.

Sebelum terbabas, tonight, whatever the result is, my dear Malaysia, you will always the winner in my heart and the rest also (fans).. 
Tinggal 18 minit lagi, just hoping for the best! 
1-1, it's quite tough but GO TIGER GO.
Raawwwwrrrrrr aummm aummmmm.

NotaNana: I am not a good commentator. I admit it. Ngeeeeee ;)
Proud to be MALAYSIAN. Tanah tumpah darahKU.

Tuesday, July 12, 2011

Saman!

Entri kali ni bengang campur geram tolak happy darab nak bunuh orang bahagi kaki kat kepala orang tuhhh! Perghhh! Marah sangat nih. 

Pagi tadi, as usual pergi keje. Since Kuantan ni pelik bin ajaib still guna kupon yang gores2 tu bila park keta. So, nak dijadikan citer lupa nak beli kupon tu semalam. 

Pukul 9am mintak permission keluar jap nak settle hal ni. Lepas beli tiket kat kaunter(beli yang sebulan terus), tiba-tiba ternampak sepasang manusia yang sedang meninjau2 kereta gua. 
Apa lagi, dengan segera terkeluarlah teriakan raksasa bercampur speaker high volume (sumpah KUAT giler jerit)

"JANGAN SAMAAAAAAAN"

Terlupa sebentar tahap ke-maluan itu! Semua orang pandang (da la ramai orang time tuh). Ah, peduli apa dari kena saman, korang bukan nak tolong bayarkan pun. Yang menanggung diri sendiri.Huuuuuh lega diorang tak sempat saman.

Sori MPK, wa memang anti lu olang. Banyak giler kena saman. Huhu. Pantang buat silap even 5-10minit je. Kalo parking lot bersepah takpe jugak. Ni boleh kira dengan jari. Huhu.

Sebelum ni, rasa nak menangis setiap kali nampak surat saman kat wiper. Trauma. Orang lain keje tension dengan bos garang, kena marah, terkejar2 dengan date line, penat kerja menimbun tapi gua rileks je bab keje ni. 
Rasa enjoy gak bila kakak2 n abang2 kat situ kasi keje
(macam dapat new tender je feeling dia tuh ;p)

Berbalik hal tadi, persoalannya, Adakah dengan saman boleh buat sesorang tu lebih berdisiplin? atau membebankan lagi ekonomi diorang? 
Ya la untuk status student aka trainee macam gua ni nggak punya uang yang banyak.

Semuanya depends on  my parents(shame on you). Kesian depa. Diorang pun banyak benda lagi nak bayar. Bil air, letrik, astro, road tax la, makanan kucing buangan yang slalu mintak ikan belakang ghumah la, dan macam2. Ni saman kupon, tak campur saman JPJ, Polis bagai.. Tak ke menipis duit depa ni. Kesian tau. *emo nih*

NotaNana: Tiba-tiba berangan nak jadi wakil rakyat, bela nasib rakyat dan bersuara. Sila highlight word berangan okey! ^.^v
Special thanks to Kak Noor yang cantik, sebab  tolong Nana tadi. 
Muahmuah untuk Kak Noor.

Tang muloot tu sama(part jerit "JANGAN SAMAN"). Tapi tang  kaki pun ya jugak kot ;p

Monday, July 4, 2011

Hari pertama sebagai trainee @ Jabatan Akauntan Negara, Pahang.


4 Julai 2011, secara rasminya da start intern di Jabatan Akauntan Negara Cawangan Pahang. Awal2 pagi bangun, excited terus buat rutin harian dan siapkan si bongsu Najmi tuh. Mak aii memang menguji kesabaran dengan kerenah si kecik ni. Kejut bangun dia buat2 lembik macam agar2 tuh. Grrrr grrrr, kakak geram. 

Lepas hantar Najmi gi sek agama, terus drive nak ke Wisma Persekutuan. Tapi disebabkan degil(umi da pesan suruh Luqman hantar pagi tuh sebab dekat Wisma ada function Sultan Pahang dengan Menteri Besar datang kot). Sampai ofis awal, 7.30pagi, tapi punya la gelabah susah giler nak parking kereta. Grrrrrr grrrrrr, kakak Najmi geram lagi. 

Wahai kerajaan Pahang, yang kaya lagi bijaksana, tolonglah selesaikan isu car park ni, honestly susah sangat nak parking, kawasan sempit tapi kereta banyak giler. Huhu.

Jam da pukul 8am, parking belum menampakkan bayang (jangan ko mimipi). Huhu. Last2 decide balik rumah (dengan beraninya take risk) suruh Luqman je hantar gi ofis. Si adik yang terkejut melihat kakaknya pulang, “eh kenapa balik”, susah nak parking, jawab seringkas yang boleh. Huaaaa.

Setibanya di ofis buat kali ke dua, tepat jam 8.25am (syabbass betteaaa) ANDA LEWAT! Huhu. Da sampai pergi la tempat daftar, dan2 abang tu kata kena daftar kat ofis admin kat bangunan belakang dekat dengan BSN sebab buat masa sekarang AG (stand for Accountant General kot) pecah dua. Gelabah. 

"Tapi bang saya da tak da kereta, tadi datang adik hantar" 

"Tak pe jalan kaki pun boleh, dekat je, kat belakang jerrrr"

"Erk. Baiklah"' lucky jumpa kakak………(erm lupa la plak nama dia), dia temankan gi admin. Thanx kak, jasamu dikenang.

8.45am, kak CC Wan, one of the staff kat situ cakap pegawai2 atasan smua meeting. Petang baru diorang ada. Ok. Fine. Pastu kak CC Wan suruh duduk kat 1 meja kosong dan dia bagi buku suruh baca. Baru baca 4-5 ayat, huaarrrrggghh (nguap). Gila ngantuk. Da tersengguk2. Tengok jam baru 9.30am. Makk aihhh bila nak pukul 5pm nih!

Pukul 4pm baru la kak CC Wan bawak jumpa pengarah kat tingkat 5. Masuk ofis, pengarah tak de, so sembang2 dengan PA beliau, Puan Hannah. Comel dan sangat friendly. Borak2 dengan dia. Terhibur la jugak hati sebab dia suka buat lawak dan banyak membantu, bagi info2 pasal jabatan ni. Tau la sket2 kenapa jabatan ni dipecahkan dua bahagian dan kat bangunan BSN ni hanya tempat admin, etc dan kat Wisma Persekutuan bahagian Operasi. 

Jumpa pengarah dan ni antara conversation dengan Pengarah Jabatan Akauntan Negara, Pahang.

Pn. Sharifah    : ..rate yourself to communicate in English (lebey kurang gituww la soklan dia)

Me                 : Erm ….7..(dengan confidentnya)

Pn. Sharifah    : Eh tapi dekat ur practical training evaluation form, rate sampai 5 je.

Me                 : Erk (blushing, dalam ati terlebey sudah, nampak sangat tak baca dulu form tu b4 gi ofis)… *SIGH*

NotaNana: 1st time tak lunch, tak biasa nak gi makan sorang2. Umi dengan Abah pesan harus friendly dan belajar berdikari lagi. Baiklah. Tapi bukan tak mao kawan, cuma takut ganggu kakak2 tu buat kerja. Baru sempat tegur2 dengan kak Gee dengan kak Ida, nanti nak tegur semua orang, nak kawan dengan semua orang. Hope diorang sudi :)


Log book. Buku Arahan Perbendaharaan.
Bukan disini ya dik, tapi belakang bangunan ni. *sigh*
Special thanks to my awan NANONANONANO ;)
P/S : Sebab sudi temankan gi spotcheck Wisma Persekutuan sehari sebelum tu. I love you 3,4,5.........ngeee!

Sunday, July 3, 2011

Jom Blogwalking Ramai Ramai !




Heyya! Nak join segmen Cik Bunny,  if nak join jugak, klik SINI
Thanx cik bunny coz  buat segmen 'JOM BLOGWALKING RAMAI-RAMAI' ni :)


NotaNana: Best sebenarnya blogwalking ni. Dapat bermesra-mesraan dengan blogger2 lain ^.^v

GEGAR BLOG JULAI 2011



Hello bloggers! Abang Ben buat segmen lagi. YEAY! Nak join nak join (muka tak malu). Orang lain da lama join tak kecoh pun! Okok for those yang terlambat macam Nana,dan nak join jugak  klik SINI!

Sebelum ni Nana pernah join segmen, Blogger Hijau Mai Singgah Sat Noo dan jugak Ben Ashaari Ajak Kritik Blog Aku. Impak dan pengaruh Abang Ben memang kuat. Jadi, tidak hairanlah Abang Ben pernah terima bermacam-macam award dan pernah keluar di majalah.

Once join segmen, terus dapat ramai kawan baru dan honestly, baru dapat feeling yang blogging ni aktiviti yang sangat seronok sebenarnya. Mula terjebak dengan dunia blogging since Januari 2011, itu pun atas faktor lecturer suruh create blog untuk komen tentang assignment. Sebelum ni, selalu jadi silent reader sahaja.

Usaha tangga kejayaan!

Pepatah yang simple tapi dalam maknanya. Tanpa usaha, kejayaan takkan datang bergolek. Harus kerja kuat supaya dapat jadi blogger yang hebat. Maksud blogger selalu disalahertikan, bukan bermakna bila ada blog je, kita ialah blogger. Blogger adalah medium dimana seseorang itu menggunakan hasil tulisannya untuk kebaikan atau lebih tepat lagi berkongsi ilmunya untuk kebaikan orang lain.
 
Harapan saya,ingin menjadi seorang blogger yang mampu menyumbang idea dan berkongsi ilmu penting dengan blogger-blogger yang lain. 

InsyaAllah :)

NotaNana: Banyak lagi yang perlu diperbaiki sebelum layak dapat title "BLOGGER"!


Wednesday, June 29, 2011

MAKAN ANGIN BERSAMA GENKCORNER

Terjah blog blogger2 lain dan ternampak segmen ni. Lalu, jari jemari dengan pantasnya nak join. Suka beno bersegmen segmen sekarang ni. 
For those yang nak join klik SINI!



NotaNana: Agak-agak makan angin kt ne eh??? ^.^v

Wordless Wednesday (PART 1)

Segmen BFF By Muz

AMARAN: AWAS! Entri ni terlalu panjang disebabkan idea datang mencurah2 ibarat kuah sup tulang melimpah ruah sehingga terkeluar dari mangkuknya. Jika anda TIDAK bersedia, jangan baca. Untuk Incik Muz, hope anda sudi baca :)

Terasa nak join segmen ni. Excited rasanya nak cerita tang bff ni. Erm tapi tak tau nak mula dari mana.
Ok slow2 eh?



Nana ada ramai bff.  Mana taknya, sebab hampir 23 tahun hidup kat muka bumi ni dan secara rasminya pernah tinggal di enam negeri (termasuk tempat belajar). Mula dari negeri asal Kelantan(7 tahun) kemudian pindah ke Melaka( 3 tahun), KL (7 tahun) dan sekarang di Pahang (hampir 3 tahun).

Tapi untuk segmen ni nak cerita pasal bff yang pernah sama2 belajar kat UiTM Segamat, Johor dulu. Mula masuk sini untuk sem 2, sebab sem 1 dulu kat UiTM Kota Samarahan, Sarawak.

Mula kenal tahun 2007. Masa tu dengan tak malunya cari kawan yang sama kelas dan sama dorm.  Disebabkan Nana baru transfer dari UiTM Sarawak jadi, harus cari kawan baru supaya nanti tak da la gi kelas duk meroyan jalan sorang2. Ditakdirkan kami sama kelas sampai part 6 dan tamat diploma sama2. Alhamdulillah, kami grad on time for Diploma In Accountancy. 

NAMA NANANINI

Banyak suka duka yang kami kongsi, paling terkesan di hati kami selalu gabungkan nama kami berdua jadi NANANINI(honestly Nana sangat rindukan nama ni).  Kami akan guna gabungan nama ni sebab sistem order makanan kat Kafe UiTM Segamat perlu letakkan nama, order makan apa, nak ambil pukul brapa dan kena letak juga (B) untuk bungkus atau makan(M). So, kami slalu bergilir kalo Nini yang order makanan dan Nana yang akan ambil. Sampai abang kat kafe selalu sebut nama kitorang NANANININUNU(hahahaha).

KERJA GROUPING, DALAM KELAS

Kalo kerja grouping or pair work memang kami akan buat berdua atau mesti sama group. Kenangan terindah pasal keje grouping  untuk presentation BEL (english) part 4, dan subjek makroekonomi (terlupa kod, rasanya ECO kot). 

Presentation BEL ni kena promote goods yang still new and then bagi benefit dia apa and so on la. Disebabkan lecturer tu India(lelaki) so dengan sengaja nya Nana choose Mariah Carey coz time tu dia tengah hot and perfume dia still new kat Malaysia (M perfume by Mariah Carey).  Pom pam pom pam kat depan(dengan tangan macam parkinson) kami dua dapat A for this subject(60% marks from presentation, ada 3 task semuanya, dan untuk final exam hanya  40%).

Then untuk presentation subjek Makroekonomi, kami berdua pernah dapat best group and full mark untuk presentation pasal ‘The different of currency between Malaysia and other countries’(lebey kurang cam tu la tajuk dia). Huh, jujur cakap time ni kami tak ready nak present, buat slide pun simple habis, dan pagi sebelum gi kelas baru check kamus currency tu apa. Memang noob gila. Then, bila kat depan(time present) ntah mana datang idea compare kan currency Malaysia and Indon (kebetulan kat rumah ada maid, dan tau pasal 1 juta rupiah equal  to RM100) so explanation memang kencang giler! Fuh! Lecturer pun suka, kawan2 pun faham. Alhamdulillah we made it.(mungkin stengah orang kata alaaa setakat tu aku pun boleh buat, but for me ni moment paling manis, punya sejarah tersendiri, dengan tekanan test, presentation, assignment and kuiz berderet2, jadi  ini yang terbaik dari NanaNini ;).

DUKA DAN AIR MATA

Bila Nana sakit, Nini la akan susah payah tengokkan. Pernah masa Nana demam, dia temankan gi klinik (dengan naik van, sebab masa tu kami tak da kereta lagi dan konon tak nak susahkan Abah, sebab Abah cakap kalo tak gi klinik dia nak datang Segamat, memandangkan masa tu family duduk KL dan KL-Segamat 3 jam jadi tak mao susahkan hati Abah so bila bagitau Nini, dia sanggup temankan).  Tambang teramatlah mahal. Bila nak bayar, Nini cakap, tak pe la kita kongsi dua. Betapa ikhlasnya hati Nini. Menitis air mata time tu. Rasa terharu sebab tak pernah ada kawan macam tu.

Part duka yang paling terkesan kat hati ialah kejadian Mei tahun ni, on my birthday (6th May). Dapat call dari Nini dia kat hospital. Masa tu da tak sedap hati sebab suara dia lemah sangat dan sayup2 je(macam tenggelam timbul), mungkin sebab dia da banyak menangis. Rasa sangat terkejut bila dia cakap dia kena tahan kat wad sebab apendiks dan kena operate pukul 7 pagi esok. Terus menangis dan hati meronta nak pergi Melaka (Nini sambung degree di UiTM Melaka, dan Nana di UiTM Jengka). Dan paling tragis kami berdua tengah FINAL EXAMS! OMG! Kami masih ada DUA PAPER lagi time tu. Bayangkanlah perasaan saat tu. Sedih, sayu, sebak dan semuanya bercampur. Dalam hati asyik BERDOA je supaya dia ok. Esoknya, dapat khabar gembira, perut dia da ok sket dan dia mintak dengan doktor untuk keluar  wad dan seat for final exams.

To be honest Ni, Ni seorang yang sangat kuat, cekal dan tabah. Na kagum dengan SEMANGAT Ni. Na tahu  Ni tahan sakit sebab tak nak terlepas peluang ambil dua paper akhir tu(8 Mei dan 10 Mei). Even Ni ambil dua final paper dalam keadaan Ni masih sakit tapi Ni buktikan kesakitan tu bukan halangan untuk Ni berjaya. Na cakap Ni berjaya sebab Ni masih boleh maintain ur  result dengan CGPA 3.5 and above.

TRUST ME, I'M SO PROUD OF YOU.

Last but not least, presented to Muz and others, she is the one and only, NURUL AINI BINTI RUDIN. 
I love her damn much. 

One in a MILLION. Nini with her Cik Abang, MR Farith ;)
 NotaNana: Sebenarnya Nana ada ramai sangat bff(15 Orang) tapi rasanya tak sempat nak cerita pasal semua. Bff yang lain juga sentiasa di hati dan Nana sayang korang semua :)

Tuesday, June 28, 2011

Kotak Bulat Promote Blog

Hi. Ayuh kita bersegmen-segmen bersama kotak bulat! ;)




Saya nak join "KOTAK BULAT PROMOTE BLOG" sebab saya nak dapat ramai lagi kawan. Pastu saya nak baca blog kawan2 baru, exchange ideas tang certain issues. 
Selain tu, nak up lagi trafik blog sendiri *>.<* 

Ok, that's all for tonight. If nak join klik SINI :) 

NotaNana: Cepat-cepat!

Monday, June 27, 2011

Akan datang Mael Lambung Vs Ah Chai The Movie?

Maellambungahchaimaellambungahchai. 
Excited macam beruk dapat munge bila terbaca kat satu blog tang isu ni.
Sebab memang minat Jozan GILER-GILER! 
Kira mati kuat kipas(die hard fans) diorang la. 
Even tak menang Maharaja Lawak tapi Jozan tetap menang di hati. Wah gituwww ;)

Info dapat dari SINI (sila klik untuk tau lebih detail). 
Terasa nak gi booking tiket wayang sekarang jugak! Padahal shooting pun tak start lagi. Wakakaka.  September baru start shoot.
Tweet by Ahmad Idham. TQ AWAK

Final Maharaja Lawak PART 2 Mael Lambung vs  Ah Chai



*Mula suka Mael Lambung time ni

 
 Gelak macam tak hengat! 
Heart you
Zizan and Johan ;)


NotaNana: Cuak dengan result intersesi untuk FAR 450.

Friday, June 24, 2011

Semalam SAKIT MATA, hari ni SAKIT PERUT, esok SAKIT?

Ahmad Ali Najmi. Si bongsu yang manyak kelenah woooo (baca dalam loghat Cina). Baru darjah 1 tapi tersangatlah manyak idea kreatip metipnya. Semalam, da tak pegi sekolah sebab sakit mata, Ok. Alasan diterima sebab memang kena bawa dia jumpa doktor pakar pun. Tiga jam menunggu.
Hospital kerajaan. Tunggu menunggu tu perkara biasalah.

*****Selepas 30 minit menunggu.....

Setiap 5 - 10 minit sibuk duk ajak balik.
Kakak, jom la kita balik, adik da ngantuk. Alolo. Cian dia.
1 1/2 minit kemudian, kakak cepatlah telefon pak cik tu,kakak ada kan nombor dia.
OK, nanti kakak call. Geram pulak, rasa nak lempang lempang pipi apam dia tu.
Tapi, setiap kali dia sebut KAKAK, hati cair. *pheewww*

Untung jadi Najmi. Ya la memandangkan gap umur siblings lain yang tersangatlah jarak. Dia lahir, abang sulung da form 5. Yang atas Najmi, Faiz standard 4. Kitorang panggil dia anak warga emas. Muahahahahaha. Umi preggy masa umur dia 41. Dan dia teramatlah berpengaruh. Cakap lah nak makan apa, kat mana, nak apa confirm dapat. Belum bab, mintak mainan ke hape. Tak pun kalo Abah outstation. Dia punya ole-ole double triple lebey.
Kalo kitorang mintak, JANGAN MIMPI!
Melalak meraung pun Abah buat derrrk je kot (<-------T.I.P.U). 
Eh, da terbabas dari tujuan asal.

Dan hari ni, bangun pagi je, Kakak, adik sakit perut la. Aduh duh duh. Ngapain hari2 pun sakit.
Abah da gelak-gelak. Agak-agak esok sakit apa pulak ya?? ^.^v



NotaNana: Pantang kalau kakak dia cuti dan ada kat rumah, pengambilan peng-kemsempatan berlaku (Bahasa Melayu, apakah?). Untunglah. Trimas buat pak supir jugak, sanggup tunggu dua tiga jam.

Wednesday, June 15, 2011

FAR 450

Salam semua. Maaf blog tak sempat dihupdate ekoran busy dengan test, project, kelas and whatsoever.
 Plus, lappy buat perangai.
 Minus, guna hp tak feel untuk menaip dan ditaip. Ngeeee.
 Darab, final exam just around the corner. Takut giler. 
Bahagi, banyak lagi harus dicover untuk study.
Buat kawan-kawan yang buat blogwalking, nanti saya visit blog anda balik okey. Terima kasih sebab sudi menjengah ruang buwook saya ni. Eheeee.

Sekarang harus FOKUS untuk FAR450. 
Pastiiiii berjaya..............TAPI....


Rindu nak berparty party.

Rindu nak main baling-baling tepung lagi.

Main badminton petang-petang.

Karok marok jugak.

Jadi architect tak bertauliah juga terpaksa dihentikan buat sementara waktu ;p (tak da kaitan)

NotaNana: Pejam celik pejam celik dah nak habis rupanya intersesi. Tapi habis je intersesi, 21hb (final exam) dan 27hb Jun da kena start internship. Wuawua. Tak sempat berpoya-poya lepaks rumah lama-lama.



*GAMBAR TIADA KAITAN DENGAN TAJUK ENTRI. SEKIAN, TERIMA KASIH ^.^/*

Wednesday, June 8, 2011

BEN ASHAARI AJAK KRITIK BLOG AKU


Once again, Hello Abang Ben a.k.a Ben Seth ;)
 Nak join dan bersedia untuk dikritik, serta mengkritik tetapi 
AWAS! Penggunaan bahasa kasar is PROHIBITED. Sekian, terima kasih. Have a nice day.

Sunday, June 5, 2011

"SAYA JOIN BLOGLIST UMAR FARUQ"

Hai, hai, hai dan hai lagi. *teruja* Nak join jugak bila tengok Anem Ahia pun join. Teeeeheeee. Dear Umar Faruq, have a nice Sunday :)    

Saturday, June 4, 2011

"Mama, JANDA tu apa.........?"

Erm.. erm.. janda tu sejenis reptilia berdarah beku, eh bukan, orang yang bergigi rongak dan bertaring mancung, bukan jugak, sejenis kacang menglembu bulat2 gebu atas dia ada topping cekelat, eh lagi lah bukan.
Habis tu apa? 

"Janda tu orang yang tak da suami," kata mama. 

Maksudnya, "Anak dia tak da Abah ke mama?"

"Aah betul la tu"
 

Budak kecik umur 7 tahun pun da pandai tanya macam tu. Budak sekarang cerdik. Kadang2, corak pemikiran mereka di luar jangkaan kita. Nasib tanya janda tu apa, kalau tanya soalan pelik tak ke haru biru nak menjawabnya. 
Kalau saya mama, jawabnya, janda tu kopi. Kopi janda. Erk.

NotaNana: Tak ley jadi mama lagi ;p

RCW janda hot Malaya.

 Cheryl Cole, ex-wife Ashley Cole.



Friday, June 3, 2011

BLOGGER HIJAU , MAI SINGGAH SAT NOO


Assalamualaikum Abang Ben. Hai hai hai dan hai  T_T *excited*


SAYA SUKA BLOG kerana suka membaca idea, serta kreativiti daripada hasil penulisan blogger lain.

NotaNana: Terima kasih kerana sudi jenguk2 kat blog saya yang biasa2 je :)

Menderita INSOMNIA!

Tanda-tanda dan gejala insomnia :

• Sukar untuk tidur, berbaring dalam keadaan jaga lebih daripada sejam
atau lebih sebelum dapat melelapkan mata.

• Tidur yang tidak nyenyak dan sering terganggu, contohnya terjaga
beberapa kali di waktu malam.

• Terbangun di awal pagi kemudian sukar untuk menyambung tidur semula.

• Terasa letih atau mengantuk di waktu siang menyebabkan kerap tidur di
siang hari. (sumber dari KKM)

Gini pun bulih tido. *nak jugak!!!!!!*

Mak aiiiih. Ini sudah lebey. Sila bangun sekarang!

Alololo. Tomeynya. (semua gambar ditaja oleh MR GOOGLE)


NotaNana: Terseksa bila hilang nikmat zzzzzzz. Sobsobs.

.

SEPET

Tik tok tik tok
3am in the morning. 
I'm still awake. *Pheeeewwww*. 
Bukak youtube, terjumpa klip video ni. 
Watch it. 
And you will understand.



NotaNana: S-E-P-E-T.  
Suddenly remembered the story about six years ago.  
Almost a year and a half in love.  
But .... *speechless*.  
Last I heard about him, he was in the UK.  
Whatever it is, wishing you happiness today, tomorrow and always :)
 
 
Ouch. Sweetie cutie pie. Jason and Orked.
 

Wednesday, June 1, 2011

Alahai AIR MINERAL!

Tidak dinafikan air tu sangat penting dalam hidup kita. Kita disarankan untuk minum at least lapan gelas air sehari. Kalau sesat kat hutan berhari2 sekalipun, kita tetap boleh hidup dengan hanya minum air.
Ataupun hanyut dilaut. Masih ingat tak tragedi tsunami di Acheh (tak ingat? buat2 je la ingat!), orang tu 15 jam kat laut tapi still survive dengan hanya minum air laut dan air hujan.  
Haaaa nampak nampak (gaya Nazmi Raja Lawak) kepentingan air.

Sebelum melalut dari Jengka ke Kodiang ayuh kita balik ke cerita asal
MOOD: sangat marah!!!!!!!!!!!!
Hok aloh bakpo pulok gop? 
 Sebab air mineral. What the heck?? Air mineral je kot. Rileks deerrr.
Tadi( Isnin,30/5/2011)tiba-tiba rasa nak berjalan-jalan cari pasal.
Ya, dan memang jumpa sama PASAL pun!
Sebelum balik Jengka, memang wajib ke Giant untuk beli air mineral. Memandangkan saya biasa beli yang 5.5L brand Giant dengan harga RM3.29, tapi nak dijadikan cerita, yang tu habis (effect Kuantan tak da air tiga hari).
So, saya perasan ada la air mineral brand GIANT yang dipack dalam cup kecil (230ML * 24),dan ternampak harga yang dihighlight dengan marker merah dengan tulisan sebesar GIANT (nama pun Giant sumer nak Giant,GEDIKS!) RM3.99 (sekali pandang tanpa check harga tu untuk mana satu).
Dalam hati, Murah je. Dengan ghairahnya ambil tiga pack.

 Ya, adik kakak, tuan2, puan2 dan hadirin hadirat yang saya hormati sekalian, tok sah la nak berangan itu harganya.
Jangan disangka lagi kecik barang tu, lagi murah harga.
Lagi kecik se-to-et lagi mahal!  
Bear in mind wokeyh.
SILA booooooooooooooo ini olang sikalang. Useless.
Harga sebenar RM 10.99 dan sila darab dengan tiga.

 Meninggalkan Giant dengan hati yang pecah lagi terbelah.
Blame diri sendiri.
Gain or loss? 
Da terang tak payah disuluh, LOSS! (student account memang begini)
 Terima kasih la PASAL, tak pasal2 duit terbang! Jimat duit Membazir je duit. 
KE-CI-WA.


NotaNana: Hurm berapa lah markah test 1 FAR450. *Frustrated* Padan muka sendiri, sape suruh tak study!



Tak puas hati. Stop tepi jalan. Capai hp, buka calculator, tekan 230ml darab 24=5.52L. *@.@*

*zzzzzzzzzzzzzzz*

....................... (no comment)