BACKGROUND

Showing posts with label KERJA. Show all posts
Showing posts with label KERJA. Show all posts

Friday, February 15, 2013

Kerja apa?

Assalamualaikum and hello readers!

Alhamdulillah. Rasa bersyukur kerana masih bernafas di bumi indah ni. Kalau ikutkan hati sangat tak rajin (bahasa sopan) nak hupdate belog ni.

Ketandusan idea semakin menjadi-jadi.

Hidup saya sangat plain. Bangun pagi, pergi kerja, balik kerja, makan dan tido. Macamtulah hari-hari weekdays. Terasa kosong bila parents jauh. Sobs.

Bak kata my auntie, "Since buat payment hilang nikmat hidup kau Nana, nikmat makan pun sama"
Boleh bayangkan tak hidup sangat tunggang langgang since dah kerja. Memang sepenuh jiwa raga tumpah kat kerja. Kalau dulu zaman study, kita nak skip kelas ke,dtg kelas lambat ke still lecturer ok. Tapi bila kerja, jangan nak macam-macam. Kena ikut rules yang company dah set. Sobs again.

Belum part cuti CNY. Hati dah berbunga-bunga bagai kat Taman Astakona dah,yeayyyyy cuti empat hari. Tiba dua hari before start cuti, bos kita OC(office communicator,ala mcm chatting kat FB tu),

Boss : Hi Nana
Me : Hi ........... (nama perlu dirahsiakan,bahaya)
Boss : Can you standby and backup for Oman for next Monday and Tuesday?
Me: Whattttttt? (dalam hati je la mampu kata what. Kat OC cakap Ok).

Hurm. Redha je la.

Tapi Alhamdulillah selalu dapat sokongan dari family. My secret weapon, dulu, kini dan selamanya.

Punya malas nak balik KL Isnin, tapi Abah memang superhero terbaik sepanjang zaman.

"Takpelah Na naik flight sekali dengan Abah je la Isnin pagi tu, nanti mintak tolong si polan tu fetch Na kat KLIA and straight away hantar pergi ofis after breakfast dengan abah n abe".Kebetulan Abah n Abe nak gi umrah Isnin petang tu. Tapi sedih tak dapat manja dengan Abah lama2. Balik Kuantan pun Kuantan hujan je memanjang. Pastu kerja duk tido je. Hilang nikmat cuti. Cuti macam tak cuti jer. Triple sobs.

Kadang-kadang sampai satu tahap, rasa give up dengan diri sendiri. Bila kerja overload and semua benda nak cepat, terasa macam nak bunuh diri je time tu. Pressure jangan cerita. Ada yang kena lempang kang.huhu.

Kerja kat international company, memang kena tough and laju.

"Please be a fast learner,jangan jadi lembap nanti orang tak suka," kata kawan kita yang sorang tu. Yup. Kita selalu ingat benda tu. Tanam dalam kepala otak dengan harapan serebrum, serebelum dan medula oblongata dapat communicate dengan baik.

Kadang-kadang pernah terfikir, kalau zaman sekolah ke zaman study cikgu,or kawan-kawan selalu tanya parents kerja apa. Betul tak?

Tapi bila kita sendiri yang kerja, kakak,abang,uncle,auntie kat ofis tu takkan tanya dah soalan macamtu. Tapi diorang akan tanya, sebelum ni kerja apa. If jawapan fresh grad, diorang akan tanya pasal study and course apa. Maksudnya, in reality, perlu berdiri diatas kaki sendiri. Ini adalah tentang masa depan kita. Kita yang kena pandai stable kan hidup kita,sama dengan apa yang parents kita buat before diorang dapat kita. Eh?? :)

But, the truth is that's the nature of life.
Work hard sementara masih muda dan ada peluang.
Supaya bila ada anak nanti, anak akan bangga dengan kita.
Jadikan kita sebagai role model or idola mereka.
Pasti hidup kita bahagia time tu.Ada anak bijak pandai,cerdik, sihat, blablabla.

Ok END.

*Ilmu itu mampu menjadikan kita hebat dan buat kita nampak hebat*.

NotaNana : 
ILMU ITU ADALAH PENGETAHUAN. 
PENGETAHUAN ITU ADALAH KEPINTARAN.

Sunday, December 9, 2012

Titik mula tiga minggu

Assalamualaikum and hello readers!

Tiada masa untuk diri sendiri. Fb jauh sekali. Bahagia dengan hidup baru. Kerja adalah satu momen yang indah bila kita betul-betul menghargai apa itu kerja.

"I am not a workaholic but I respect my job". Adore this quote.

Dulu time sekolah rendah selalu berangan nak jadi busy career women. Nak contribute something untuk country/company.

Selalu berangan nak jadi wanita berkerjaya, mommy yang hebat dan isteri yang baik(insyaAllah) suatu hari nanti. Satu dah hampir tercapai,dua tu belum lagi. Eh? :p

Ok. Dah. Stop. Taktau kenapa tiba-tiba terajin nak hupdate belog mucuk ni,padahal baru je sampai Kuantan. Esok dah nak balik KL. Tapi sedih sebab Umi,Abah dengan Najmi tak de. Tadi petang baru hantar diorang gi KLIA. Sobs tak dapat join sama.

Kembali pada tajuk asal, TITIK MULA TIGA MINGGU.heeee, Saja nak share apa berlaku sepanjang kerja ni,antaranya :-

- KL.Tinggal kat rumah auntie with uncle and cousins. Sedih jauh dengan family! 

- 1st day geng team dah ajak lunch. 1 Malaysia! 1 mamat cina, 1 amoi dan 1 indian girl :)

- Pergi kerja, balik kerja drive sorang2.

- Kos harian. Ada tiga tol nak gi ofis dan kos tak termasuk car park, lunch and etc *pengsan*

- Pergi kerja 30 minit, balik kerja sejam tu perkara normal. Lol!

- Hari pertama balik dari ofis ada kereta depan(lelaki tak kenal,dah lah hensem,pakai honda stream hitam. Haipppppp :P) tolong bayarkan tol. Rezekiiiii ler.

- Jem adalah 1 perkara biasa bukan pelik.

- Hari-hari wajib jamah dua kali nasi. Lunch and dinner. (dulu makan nasi sekali sehari jerrr). Nampak tak tahap kebuluran campur kestressan tu hebat? Suka suki create formula sendiri. LOL!!!!!!

- Makanan wajib ada dalam kereta. Bila stress boleh mengunyah. Serius berat badan dah naik. Cousin tegur badan dah lebar. Pakai kebaya pun boleh terbukak butang. Opsss. Lalalala.

- Hari ketiga kerja dah ada birthday celebration untuk team.

- Hari keempat kerja gaji dah masuk!!!!!!!!

- Minggu ke dua, hari keenam, Isnin dah amek cuti untuk konvo

- Minggu ke dua kerja dah attend health talk and celebration for deepavali. Really enjoy the talk by Dr. Wilson dan topik dia pun best! What is a stress? LOL~!

- Minggu ke tiga kerja dah ada orang bagi roses. Siap hantar through courier lagi. Thank you :') But, waaaaiiittttt! 12 kuntum maknanya apa?

-  And the best part ever, last night was a company annual dinner. It's freeeee. Location? Poolside, One World Hotel, Damansara. Tapiiiii,hujan so venue changed to Cinnamon Cafe(inside the hotel). Komen? Very international partaayyyy! Tema hijau,kuning,biru(bendera Brazil la since Vale adalah company Brazil kedua terbesar didunia(for mining industry).

NotaNana : One step closer.

Okey mokey. Done. Takde gambar. Malas nak upload. Byeeeeeeeeeee *insert cheeky naughty facessss*!

Wednesday, November 14, 2012

Pengakhiran

Salam semua.

Setelah hampir empat bulan tiga hari menjadi bibik yang ditauliahkan oleh Umi Abah akhirnya status itu bakal gugur dengan sendirinya.

Isnin ni, bakal jadi pekerja. Bermulalah satu lagi fasa baru dalam hidup.

Masa untuk mencari rezeki sendiri tanpa dibantu oleh mana-mana sumber kewangan lagi. Sobs. Tak sangka sekejap je masa berlalu,rasa macam baru semalam je masuk tadika :'(

NotaNana : "Self-trust is the first secret of success." - Ralph Waldo Emerson



                                         Serius, rindu zaman praktikal dulu. Fakta atau auta? Eh?!

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday # 4 : Shhhh..rahsia!


Rumours + Gossips + "Value added information" = DISASTER!

NotaNana : Makin lama makin banyak assignments, tests, presentation etc. 
UiTM mula kedek-ot. Nak bukak fb pun tak boley. Sobsobs.

Saturday, March 3, 2012

Perlu excited atau tidak?

Selepas dua bulan menjadi penganggur terhormat mengalahkan YB, maka Ahad ni bermulalah episod baru. 
SEMESTER BARU. AZAM BARU.
Perasaan? Nervous, gelabah arnab, excited, sedih, takut, happy, rasa nak terkencing smua adalah. InsyaAllah, semester ni bakal jadi semester akhir.
After this, dah hilang nikmat jadi student. Kena keje yop keje. *sigh*
Dah tak da dah, mintak duit merata-rata kat parents, malu sikit awak tu dah 20+++ ok? 
Ok. Fine. Sedar diri. 
Dah terbayang UiTM Jengka Kampus Khazanah Alam mula memanggil-manggil seraya senyum ala-ala sweet gitu (perli atau??) Ah. Lupakan.
Suka tak suka, kena balik jugak esok. Jangan nak buat onar ponteng kelas. Hahaha.
Buat kawan-kawan semester akhir, student Bachelor of Accountancy,
 Good luck and all the best. Semoga kita semua success. Amin.
Tiba-tiba sem ni dapat kolej. Terima kasih abe-abe yang bagi duk kolej.  


NotaNana : Terima kasih buat parents yang menangggung semua expenses masa study, dari diploma sampai degree. Menyediakan semua kemudahan untuk ke kelas dan sentiasa memberikan yang terbaik buat anakmu. Doakan anakmu ini rajin-rajin sokmo.
Tak terbalas jasa kalian.
 Sedih baca nasib kawan-kawan kat FB pasal ptptn, ada yang kena deduct sampai RM 1K. Apakah?


Tuesday, January 10, 2012

Tamat.

Eh eh lupa ada blog. Puuiihh.
Bajet macam busy kan tapi dusta belaka. 
Padahal malas malas malas malas malas! (weh apasal makin besar nih!)

Alhamdulillah. 
Lepas 6 bulan pegang title trainee a.k.a internship student, finally it's over. 
Super duper excited. 

Selepas tamat 'penderaan' dari punch card, Najmi bangun lambat, meragam,menangis,mandikan,pakaikan baju sekolah,suap koko crunch campur fresh milk time rajin, kalau malas sumbat roti butterscotch/squiggles je,
hantar Najmi pergi school sebelum pergi office 
(tapi seronok,bajet macam ala ala wanita bekerjaya yang ada keluarga bahagia)
*over latteeww*, 
main kejar kejar dengan incik traffic light.
Ya. 

Dan akhirnya,



BERJAYA! *ho yeah,ho yeah-ringtone Ain Rauf*

NotaNana : Tak payah nak berjaya sangatlah kalau report pun tak nampak batang hidung!
Baru tengok kulit depan log book kot.*cheyt,hampeh!*


Friday, September 30, 2011

Unit Gaji punya cerita!

Fuuuuhhhhhhh (tiup habuk, sebab sangat lama tak hupdate!!!)

Hai kawan-kawan ;p

Kali ni nak cerita pengalaman kat Unit Gaji, JANM(Jabatan Akauntan Negara Malaysia), Pahang
bagi bulan OGOS.

Jujur, saya bahagia di sini. Paling penting banyak belajar benda baru. Dan pengalaman paling berharga bila tengok boss busy run gaji dan juga bonus(kan nak raya). Ternganga jugak la tengok boss run bonus untuk  58,000 kakitangan kerajaan seluruh Pahang. *wow*

Key in SG-20 punya form(for new employee,new salary's number) dan form AO (bertukar dari negeri lain) pada 1st day kat unit gaji jugak akan saya ingat sampai bila-bila. Pengalaman melihat proses key in data untuk separate cycle (ada 3 cycle smuanya) dalam government serta Spool serial number! Terima kasih buat kak Suraya Nizar yang bagi peluang untuk saya buat kerja.

Setiap hari, tak pernah bosan sebab ada je keje. So, siapa kata kerja kat government tak da keje??
Ur perception is totally WRONG!

Sebenarnya nak cerita pengalaman 1st day keje kt Wisma Persekutuan (if ada baca previous entry,last month saya kat bangunan BSN, and for this month saya kat Wisma Persekutuan), Hurm.

Boleh bla ke tak ley bla bila pagi-pagi datang ofis, dengan selambanya mintak tolong stranger tolong parkingkan kereta! Satu kali malu disitu. Berani mati beb.Nak menangis rasa bila tengok parking yang serong serong tu je ada. Dalam ati tak da ke parking yang masuk dari depan. Huhu.

Bab parking memang mencabar abes. Staf ada 900 orang (termasuk jabatan lain) tapi parking lot ada around 200 je. Nak tak nak kena terror menyelit la.

Dua kali malu bila solat Asar dua kali! Nombor DUA sanagat bertuah okey. Cheyt.
Apa kes derr?? Kesnya kena tipu dengan jam kat dinding dan suara orang Azan dari jam itu. Cehh! Kureng btol! Berani kamu mempermainkan perasaaan saya di waktu itu!!!!!! Malu gila. Gila pun tak malu macam nih! Haih!

Antara pengalaman takkan dilupakan bila saya juga dilayan dengan cukup baik oleh boss Puan Maliana, Tuan Haji Haswadi, CC Lat, CC Nawi, Kak Tiey, Kak Shi, Kak Nab, En Shah, En Anas, En Alif, En Aizat, En Zizi dan kakak-kakak senior yang lain. Tak lupa Kak Shiera ;)

Percaya lah, saya sangat menghargai ilmu yang diberikan oleh anda semua. Pengalaman buat report untuk Penyata Pemungut, buat surat Penahanan Gaji, menghadiri pelbagai jenis kursus dan kerja-kerja seangkatan dengannya sangatlah saya hargai.

Tak lupa pengalaman menyediakan Minit Perbincangan Mesyuarat Post Pengurusan akan dikenang sampai bila-bila. Tiga kali kena reject derr! *Loser*

NotaNana : I will always remember this!"Your presentation is NOT based on your personality BUT it is based on your work"

Staf lelaki AG YANG KACAK LAGI GAGAH ;)

Perempuan-perempuan CANTIK dan COMEL di AG  :)