BACKGROUND

Showing posts with label PENGALAMAN. Show all posts
Showing posts with label PENGALAMAN. Show all posts

Monday, February 13, 2012

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU


*EXCITED*
Dah lama tak bersegmen-segmen bersama Abang Ben ni. 

SEBABnya...SEBABnya (malu lah). Hurm sebab kena baca blog ni,
  • Lebih berkisar pada hal-ehwal semasa. Maksudnya, lebih pada diari peribadi tapi berkaitan dengan dunia realiti. Pengalaman sebagai trainee antara entri yang berjaya mencuri hati pembaca.                                                                                                                                         ( HARI PERTAMA SEBAGAI TRAINEE @ JAB AKAUNTAN NEGARA,PAHANG )
  • Sebagai pelajar, ada berkongsi serba sedikit ilmu. Dan entri tu paling mendapat banyak sambutan       ( PROBLEM BASED LEARNING : OVERALL 2 )

 

Friday, September 30, 2011

Unit Gaji punya cerita!

Fuuuuhhhhhhh (tiup habuk, sebab sangat lama tak hupdate!!!)

Hai kawan-kawan ;p

Kali ni nak cerita pengalaman kat Unit Gaji, JANM(Jabatan Akauntan Negara Malaysia), Pahang
bagi bulan OGOS.

Jujur, saya bahagia di sini. Paling penting banyak belajar benda baru. Dan pengalaman paling berharga bila tengok boss busy run gaji dan juga bonus(kan nak raya). Ternganga jugak la tengok boss run bonus untuk  58,000 kakitangan kerajaan seluruh Pahang. *wow*

Key in SG-20 punya form(for new employee,new salary's number) dan form AO (bertukar dari negeri lain) pada 1st day kat unit gaji jugak akan saya ingat sampai bila-bila. Pengalaman melihat proses key in data untuk separate cycle (ada 3 cycle smuanya) dalam government serta Spool serial number! Terima kasih buat kak Suraya Nizar yang bagi peluang untuk saya buat kerja.

Setiap hari, tak pernah bosan sebab ada je keje. So, siapa kata kerja kat government tak da keje??
Ur perception is totally WRONG!

Sebenarnya nak cerita pengalaman 1st day keje kt Wisma Persekutuan (if ada baca previous entry,last month saya kat bangunan BSN, and for this month saya kat Wisma Persekutuan), Hurm.

Boleh bla ke tak ley bla bila pagi-pagi datang ofis, dengan selambanya mintak tolong stranger tolong parkingkan kereta! Satu kali malu disitu. Berani mati beb.Nak menangis rasa bila tengok parking yang serong serong tu je ada. Dalam ati tak da ke parking yang masuk dari depan. Huhu.

Bab parking memang mencabar abes. Staf ada 900 orang (termasuk jabatan lain) tapi parking lot ada around 200 je. Nak tak nak kena terror menyelit la.

Dua kali malu bila solat Asar dua kali! Nombor DUA sanagat bertuah okey. Cheyt.
Apa kes derr?? Kesnya kena tipu dengan jam kat dinding dan suara orang Azan dari jam itu. Cehh! Kureng btol! Berani kamu mempermainkan perasaaan saya di waktu itu!!!!!! Malu gila. Gila pun tak malu macam nih! Haih!

Antara pengalaman takkan dilupakan bila saya juga dilayan dengan cukup baik oleh boss Puan Maliana, Tuan Haji Haswadi, CC Lat, CC Nawi, Kak Tiey, Kak Shi, Kak Nab, En Shah, En Anas, En Alif, En Aizat, En Zizi dan kakak-kakak senior yang lain. Tak lupa Kak Shiera ;)

Percaya lah, saya sangat menghargai ilmu yang diberikan oleh anda semua. Pengalaman buat report untuk Penyata Pemungut, buat surat Penahanan Gaji, menghadiri pelbagai jenis kursus dan kerja-kerja seangkatan dengannya sangatlah saya hargai.

Tak lupa pengalaman menyediakan Minit Perbincangan Mesyuarat Post Pengurusan akan dikenang sampai bila-bila. Tiga kali kena reject derr! *Loser*

NotaNana : I will always remember this!"Your presentation is NOT based on your personality BUT it is based on your work"

Staf lelaki AG YANG KACAK LAGI GAGAH ;)

Perempuan-perempuan CANTIK dan COMEL di AG  :)

Monday, July 4, 2011

Hari pertama sebagai trainee @ Jabatan Akauntan Negara, Pahang.


4 Julai 2011, secara rasminya da start intern di Jabatan Akauntan Negara Cawangan Pahang. Awal2 pagi bangun, excited terus buat rutin harian dan siapkan si bongsu Najmi tuh. Mak aii memang menguji kesabaran dengan kerenah si kecik ni. Kejut bangun dia buat2 lembik macam agar2 tuh. Grrrr grrrr, kakak geram. 

Lepas hantar Najmi gi sek agama, terus drive nak ke Wisma Persekutuan. Tapi disebabkan degil(umi da pesan suruh Luqman hantar pagi tuh sebab dekat Wisma ada function Sultan Pahang dengan Menteri Besar datang kot). Sampai ofis awal, 7.30pagi, tapi punya la gelabah susah giler nak parking kereta. Grrrrrr grrrrrr, kakak Najmi geram lagi. 

Wahai kerajaan Pahang, yang kaya lagi bijaksana, tolonglah selesaikan isu car park ni, honestly susah sangat nak parking, kawasan sempit tapi kereta banyak giler. Huhu.

Jam da pukul 8am, parking belum menampakkan bayang (jangan ko mimipi). Huhu. Last2 decide balik rumah (dengan beraninya take risk) suruh Luqman je hantar gi ofis. Si adik yang terkejut melihat kakaknya pulang, “eh kenapa balik”, susah nak parking, jawab seringkas yang boleh. Huaaaa.

Setibanya di ofis buat kali ke dua, tepat jam 8.25am (syabbass betteaaa) ANDA LEWAT! Huhu. Da sampai pergi la tempat daftar, dan2 abang tu kata kena daftar kat ofis admin kat bangunan belakang dekat dengan BSN sebab buat masa sekarang AG (stand for Accountant General kot) pecah dua. Gelabah. 

"Tapi bang saya da tak da kereta, tadi datang adik hantar" 

"Tak pe jalan kaki pun boleh, dekat je, kat belakang jerrrr"

"Erk. Baiklah"' lucky jumpa kakak………(erm lupa la plak nama dia), dia temankan gi admin. Thanx kak, jasamu dikenang.

8.45am, kak CC Wan, one of the staff kat situ cakap pegawai2 atasan smua meeting. Petang baru diorang ada. Ok. Fine. Pastu kak CC Wan suruh duduk kat 1 meja kosong dan dia bagi buku suruh baca. Baru baca 4-5 ayat, huaarrrrggghh (nguap). Gila ngantuk. Da tersengguk2. Tengok jam baru 9.30am. Makk aihhh bila nak pukul 5pm nih!

Pukul 4pm baru la kak CC Wan bawak jumpa pengarah kat tingkat 5. Masuk ofis, pengarah tak de, so sembang2 dengan PA beliau, Puan Hannah. Comel dan sangat friendly. Borak2 dengan dia. Terhibur la jugak hati sebab dia suka buat lawak dan banyak membantu, bagi info2 pasal jabatan ni. Tau la sket2 kenapa jabatan ni dipecahkan dua bahagian dan kat bangunan BSN ni hanya tempat admin, etc dan kat Wisma Persekutuan bahagian Operasi. 

Jumpa pengarah dan ni antara conversation dengan Pengarah Jabatan Akauntan Negara, Pahang.

Pn. Sharifah    : ..rate yourself to communicate in English (lebey kurang gituww la soklan dia)

Me                 : Erm ….7..(dengan confidentnya)

Pn. Sharifah    : Eh tapi dekat ur practical training evaluation form, rate sampai 5 je.

Me                 : Erk (blushing, dalam ati terlebey sudah, nampak sangat tak baca dulu form tu b4 gi ofis)… *SIGH*

NotaNana: 1st time tak lunch, tak biasa nak gi makan sorang2. Umi dengan Abah pesan harus friendly dan belajar berdikari lagi. Baiklah. Tapi bukan tak mao kawan, cuma takut ganggu kakak2 tu buat kerja. Baru sempat tegur2 dengan kak Gee dengan kak Ida, nanti nak tegur semua orang, nak kawan dengan semua orang. Hope diorang sudi :)


Log book. Buku Arahan Perbendaharaan.
Bukan disini ya dik, tapi belakang bangunan ni. *sigh*
Special thanks to my awan NANONANONANO ;)
P/S : Sebab sudi temankan gi spotcheck Wisma Persekutuan sehari sebelum tu. I love you 3,4,5.........ngeee!