Fuuuuhhhhhhh (tiup habuk, sebab sangat lama tak hupdate!!!)
Hai kawan-kawan ;p
Kali ni nak cerita pengalaman kat Unit Gaji, JANM(Jabatan Akauntan Negara Malaysia), Pahang
bagi bulan OGOS.
Jujur, saya bahagia di sini. Paling penting banyak belajar benda baru. Dan pengalaman paling berharga bila tengok boss busy run gaji dan juga bonus(kan nak raya). Ternganga jugak la tengok boss run bonus untuk 58,000 kakitangan kerajaan seluruh Pahang. *wow*
Key in SG-20 punya form(for new employee,new salary's number) dan form AO (bertukar dari negeri lain) pada 1st day kat unit gaji jugak akan saya ingat sampai bila-bila. Pengalaman melihat proses key in data untuk separate cycle (ada 3 cycle smuanya) dalam government serta Spool serial number! Terima kasih buat kak Suraya Nizar yang bagi peluang untuk saya buat kerja.
Setiap hari, tak pernah bosan sebab ada je keje. So, siapa kata kerja kat government tak da keje??
Ur perception is totally WRONG!
Sebenarnya nak cerita pengalaman 1st day keje kt Wisma Persekutuan (if ada baca previous entry,last month saya kat bangunan BSN, and for this month saya kat Wisma Persekutuan), Hurm.
Boleh bla ke tak ley bla bila pagi-pagi datang ofis, dengan selambanya mintak tolong stranger tolong parkingkan kereta! Satu kali malu disitu. Berani mati beb.Nak menangis rasa bila tengok parking yang serong serong tu je ada. Dalam ati tak da ke parking yang masuk dari depan. Huhu.
Bab parking memang mencabar abes. Staf ada 900 orang (termasuk jabatan lain) tapi parking lot ada around 200 je. Nak tak nak kena terror menyelit la.
Dua kali malu bila solat Asar dua kali! Nombor DUA sanagat bertuah okey. Cheyt.
Apa kes derr?? Kesnya kena tipu dengan jam kat dinding dan suara orang Azan dari jam itu. Cehh! Kureng btol! Berani kamu mempermainkan perasaaan saya di waktu itu!!!!!! Malu gila. Gila pun tak malu macam nih! Haih!
Antara pengalaman takkan dilupakan bila saya juga dilayan dengan cukup baik oleh boss Puan Maliana, Tuan Haji Haswadi, CC Lat, CC Nawi, Kak Tiey, Kak Shi, Kak Nab, En Shah, En Anas, En Alif, En Aizat, En Zizi dan kakak-kakak senior yang lain. Tak lupa Kak Shiera ;)
Percaya lah, saya sangat menghargai ilmu yang diberikan oleh anda semua. Pengalaman buat report untuk Penyata Pemungut, buat surat Penahanan Gaji, menghadiri pelbagai jenis kursus dan kerja-kerja seangkatan dengannya sangatlah saya hargai.
Tak lupa pengalaman menyediakan Minit Perbincangan Mesyuarat Post Pengurusan akan dikenang sampai bila-bila. Tiga kali kena reject derr! *Loser*
NotaNana : I will always remember this!"Your presentation is NOT based on your personality BUT it is based on your work"
Staf lelaki AG YANG KACAK LAGI GAGAH ;) |
Perempuan-perempuan CANTIK dan COMEL di AG :) |
1 comment:
staf pompuan ramai
Post a Comment