BACKGROUND

Friday, February 15, 2013

Kerja apa?

Assalamualaikum and hello readers!

Alhamdulillah. Rasa bersyukur kerana masih bernafas di bumi indah ni. Kalau ikutkan hati sangat tak rajin (bahasa sopan) nak hupdate belog ni.

Ketandusan idea semakin menjadi-jadi.

Hidup saya sangat plain. Bangun pagi, pergi kerja, balik kerja, makan dan tido. Macamtulah hari-hari weekdays. Terasa kosong bila parents jauh. Sobs.

Bak kata my auntie, "Since buat payment hilang nikmat hidup kau Nana, nikmat makan pun sama"
Boleh bayangkan tak hidup sangat tunggang langgang since dah kerja. Memang sepenuh jiwa raga tumpah kat kerja. Kalau dulu zaman study, kita nak skip kelas ke,dtg kelas lambat ke still lecturer ok. Tapi bila kerja, jangan nak macam-macam. Kena ikut rules yang company dah set. Sobs again.

Belum part cuti CNY. Hati dah berbunga-bunga bagai kat Taman Astakona dah,yeayyyyy cuti empat hari. Tiba dua hari before start cuti, bos kita OC(office communicator,ala mcm chatting kat FB tu),

Boss : Hi Nana
Me : Hi ........... (nama perlu dirahsiakan,bahaya)
Boss : Can you standby and backup for Oman for next Monday and Tuesday?
Me: Whattttttt? (dalam hati je la mampu kata what. Kat OC cakap Ok).

Hurm. Redha je la.

Tapi Alhamdulillah selalu dapat sokongan dari family. My secret weapon, dulu, kini dan selamanya.

Punya malas nak balik KL Isnin, tapi Abah memang superhero terbaik sepanjang zaman.

"Takpelah Na naik flight sekali dengan Abah je la Isnin pagi tu, nanti mintak tolong si polan tu fetch Na kat KLIA and straight away hantar pergi ofis after breakfast dengan abah n abe".Kebetulan Abah n Abe nak gi umrah Isnin petang tu. Tapi sedih tak dapat manja dengan Abah lama2. Balik Kuantan pun Kuantan hujan je memanjang. Pastu kerja duk tido je. Hilang nikmat cuti. Cuti macam tak cuti jer. Triple sobs.

Kadang-kadang sampai satu tahap, rasa give up dengan diri sendiri. Bila kerja overload and semua benda nak cepat, terasa macam nak bunuh diri je time tu. Pressure jangan cerita. Ada yang kena lempang kang.huhu.

Kerja kat international company, memang kena tough and laju.

"Please be a fast learner,jangan jadi lembap nanti orang tak suka," kata kawan kita yang sorang tu. Yup. Kita selalu ingat benda tu. Tanam dalam kepala otak dengan harapan serebrum, serebelum dan medula oblongata dapat communicate dengan baik.

Kadang-kadang pernah terfikir, kalau zaman sekolah ke zaman study cikgu,or kawan-kawan selalu tanya parents kerja apa. Betul tak?

Tapi bila kita sendiri yang kerja, kakak,abang,uncle,auntie kat ofis tu takkan tanya dah soalan macamtu. Tapi diorang akan tanya, sebelum ni kerja apa. If jawapan fresh grad, diorang akan tanya pasal study and course apa. Maksudnya, in reality, perlu berdiri diatas kaki sendiri. Ini adalah tentang masa depan kita. Kita yang kena pandai stable kan hidup kita,sama dengan apa yang parents kita buat before diorang dapat kita. Eh?? :)

But, the truth is that's the nature of life.
Work hard sementara masih muda dan ada peluang.
Supaya bila ada anak nanti, anak akan bangga dengan kita.
Jadikan kita sebagai role model or idola mereka.
Pasti hidup kita bahagia time tu.Ada anak bijak pandai,cerdik, sihat, blablabla.

Ok END.

*Ilmu itu mampu menjadikan kita hebat dan buat kita nampak hebat*.

NotaNana : 
ILMU ITU ADALAH PENGETAHUAN. 
PENGETAHUAN ITU ADALAH KEPINTARAN.

1 comment:

Anonymous said...

A person necessarily lend a hand to make seriously posts I might state.
This is the first time I frequented your website page and
up to now? I surprised with the analysis you made to create this particular submit amazing.
Excellent activity!

My web-site tirage de carte gratuit