BACKGROUND

Showing posts with label STUDENT AKAUN. Show all posts
Showing posts with label STUDENT AKAUN. Show all posts

Friday, August 3, 2012

ALHAMDULILLAH!

Syukur ya Allah kerana masih diberi ruang untuk bernafas dimuka bumi ini. Syukur kerana dikurniakan sebuah kejayaan (walaupun result tak hebakkk mana), Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk melalui Ramadhan sekali lagi dan Syukur kerana dikurniakan orang-orang penting yang sentiasa menyokong dikala ups and downs.

Masih terkedu bila check e-mail tadi. Alhamdulillah sudah OFFICIALLY bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Ini hadiah istimewa buat UmmiAbah. Orang-orang kuat yang sentiasa ada disisi tatkala diri terasa lemah dan kosong, semua lecturers yang banyak membantu, kawan-kawan rapat (especially 7 Wells),classmates,coursemates dan semua sekali. 

Dear parents,now,proudly to say that your investment is really paid off. Terima kasih sebab buat Na tak terikat dengan apa-apa hutang, cuma sentiasa berdoa agar diberi kesempatan dan waktu agar dapat membalas segala jasa dan budi baik kalian suatu hari nanti. InsyaAllah :')

"Even a mistake may turn out to be the one thing necessary to a worthwhile achievement." - Henry Ford

Yeah. I love that Quote. Saya bukan lah dilahirkan sebagai seorang yang bijak pandai. Tapi saya percaya dengan usaha kita boleh berjaya. Sering positive dengan ujian yang menimpa dan kena kuat dengan cabaran yang mendatang. Senang kata take it easy babes. As a final year student, busy sangat sangat SANGAT! Yeah! Mentally and physically must be strong. Yes it a must! If not, perasaan nak give up tu mesti ada tak campur tolak darab bahagi lagi dengan gangguan syaitonnirrajim tuh. Kuss semangat.

Whatever it is, just believe in yourself that YOU CAN DO IT AND JUST DO IT :) 
Good luck.

NotaNana : Kerja or business? *dilemma*

Puan Hajjah Norlaila Abdullah+class MAF680 kini hanya tinggal kenangan. Selamat tinggal UiTM Jengka :'(.













Wednesday, May 30, 2012

Coretan disebalik kemenangan Mini Innovation Show 2012

Alhamdullillah. Thank you Allah. Itu perkara pertama di minda sebaik diumumkan sebagai johan Mini Innovation Show semester March-July 2012. Terlalu berliku perjalanan yang ditempuh sama seperti sukarnya kami ke 'sana'. Tapi kemana?

- SEVEN WELLS SDN. BHD. Nama company yang dipilih. Sama sukarnya kami mendaki ke puncak Telaga Tujuh,Langkawi awal Januari lalu. Cerita penuh di entry ini http://sukedukeblog.blogspot.com/2012/02/keajaiban-telaga-tujuh-langkawi.html

- Produk Scooter Beg ialah produk ke-empat dalam list kami selepas Stroller bike, Pen pendrive, dan robot pemadam api kebakaran.

- Produk ini adalah idea asal dari MR AND MRS HAFIZ disokong kuat oleh Puan Hajah Norlaila Abdullah(advisor & lecturer kami)

- Dua minggu sebelum pertandingan, kami tak dibenarkan balik pada hujung minggu, dan setiap malam ada sesi perjumpaan. Kadang2 sampai pukul 1-2 pagi.

- Packaging Scooty B hasil kreativiti Anem Ahia dan dibantu oleh Ain, Hafiz, Husna, Fiza dan Farah.

- Uniform dan 'batch' adalah hasil perbincangan bersama.

- Dua hari (Khamis) sebelum pertandingan, saya curi2 balik Kuantan. Alasan nak ambil uniform dan sambil tu print out assignment for judges kat ofis Abah(nak free punya pasal ;))

- Brochure dibuat hasil kepandaian Kak Yus (PA abah). Thank you kak Yus yang banyak tolong kami (print out,binding etc). Actually, Farah yang buat brochure tapi bila attach kat file smuanya 'lari'.

- Banner 7 Wells juga dibuat oleh Farah Farhana. Warna latar based on warna baju Irene Nadia Marcello (blogger hot iteww). CANTIK :) thank you Auntie Pharah.

- Sehari sebelum pertandingan. On the way balik dari Gambang (ofis Abah) kereta Abah kena langgar dengan lori. Cabaran lagi!!!!!!!!!!! Me as a driver, TRAUMA!!!!!!!!

- Tiba di Jengka lewat petang. Assignment yang diprint out SALAH especially on calculation.

- Terpaksa print out yang baru dan alternatifnya gam terus kat official report.

- Malam sebelum pertandingan kami tido pukul 3 pagi. Sesi latihan rehearsal tamat pukul 1.30am.

- Honestly, kami tak sempat nak practise on stage (tempat pertandingan) bertujuh. Atas faktor kelewatan sy dan Farah yang tak berapa sihat.

- Beberapa minit sebelum naik stage, spek sy hilang dan kasut tercabut tapak. (Thanks Noni dan Azimah bagi pinjam kasut)

- Officially, sy pakai 3 pasang kasut pada hari pertandingan. Bajet cam retis tp booooo. 1. pagi kasut sendiri 2. kasut Noni(on stage) 3. kasut Azimah Azam (before announcement as a winner). Kau hado?? ;p

- Fiza dan CEO kami Hafiz adalah Akauntan sebenar. Semua calculation (Capital Expenditure, Product Costing, Production Overhead, Comprehensive Income Statement Budget, Breakeven Point, etc) Thumbs up guys.

- 1 REJAB, Kami berpuasa beramai-ramai :)

- dan pada 1 REJAB juga nenda kepada Anem Ahia pergi menghadap Ilahi. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

TANGGAL 26 MEI 2012, PADA JAM 1.25PM KAMI SECARA RASMINYA DIUMUMKAN SEBAGAI JUARA.

Kami percaya rezeki kemenangan adalah doa dari orang-orang terdekat especially parents kami smua. Bukan senang untuk menang. Duit,masa,tenaga semuanya harus bersatu. Terima kasih kepada semua terutamanya pada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Teristimewa buat ahli-ahli SEVEN WELLS SDN. BHD. Hafiz(CEO), Farah (Financial Manager), Anem (R&D Manager), Ain (Admin&HR Manager), Fiza (Purchasing Manager), Husna (Marketing Manager) and me(Operational Manager). Anda semua adalah yang terbaik. Jujur,kagum dengan semangat dan usaha serta tenaga yang digembeleng bersama.

Jari disusun pohon kemaafan. Salah dan silap harap dimaafkan.

"Friendship is unnecessary, like philosophy, like art.... It has no survival value; rather it is one of those things that give value to survival." 
~C.S. Lewis


Proudly presents to you, our lovely SCOOTY B :)


48 contestants, 7 groups, and 5 lovey dovey JUDGES.
Dear friends AC220 8A&AC220 8B,
You guys really did a good job. 
Semuanya pemenang dan tiada pengalah. 
FRIENDS FOREVER :)


NotaNana : Maaf flow cerita agak  lintang pukang.

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday # 4 : Shhhh..rahsia!


Rumours + Gossips + "Value added information" = DISASTER!

NotaNana : Makin lama makin banyak assignments, tests, presentation etc. 
UiTM mula kedek-ot. Nak bukak fb pun tak boley. Sobsobs.

Wednesday, March 7, 2012

Wordless Wednesday #3 - Fight back to SCHOOL!

From left : Fieza, Farah and me
From left : Husna, Anem and Ain

NotaNana : Sekian. Aktiviti-aktiviti hari pertama bergelar student semester akhir.