BACKGROUND

Showing posts with label AKAUN. Show all posts
Showing posts with label AKAUN. Show all posts

Friday, August 3, 2012

ALHAMDULILLAH!

Syukur ya Allah kerana masih diberi ruang untuk bernafas dimuka bumi ini. Syukur kerana dikurniakan sebuah kejayaan (walaupun result tak hebakkk mana), Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk melalui Ramadhan sekali lagi dan Syukur kerana dikurniakan orang-orang penting yang sentiasa menyokong dikala ups and downs.

Masih terkedu bila check e-mail tadi. Alhamdulillah sudah OFFICIALLY bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Ini hadiah istimewa buat UmmiAbah. Orang-orang kuat yang sentiasa ada disisi tatkala diri terasa lemah dan kosong, semua lecturers yang banyak membantu, kawan-kawan rapat (especially 7 Wells),classmates,coursemates dan semua sekali. 

Dear parents,now,proudly to say that your investment is really paid off. Terima kasih sebab buat Na tak terikat dengan apa-apa hutang, cuma sentiasa berdoa agar diberi kesempatan dan waktu agar dapat membalas segala jasa dan budi baik kalian suatu hari nanti. InsyaAllah :')

"Even a mistake may turn out to be the one thing necessary to a worthwhile achievement." - Henry Ford

Yeah. I love that Quote. Saya bukan lah dilahirkan sebagai seorang yang bijak pandai. Tapi saya percaya dengan usaha kita boleh berjaya. Sering positive dengan ujian yang menimpa dan kena kuat dengan cabaran yang mendatang. Senang kata take it easy babes. As a final year student, busy sangat sangat SANGAT! Yeah! Mentally and physically must be strong. Yes it a must! If not, perasaan nak give up tu mesti ada tak campur tolak darab bahagi lagi dengan gangguan syaitonnirrajim tuh. Kuss semangat.

Whatever it is, just believe in yourself that YOU CAN DO IT AND JUST DO IT :) 
Good luck.

NotaNana : Kerja or business? *dilemma*

Puan Hajjah Norlaila Abdullah+class MAF680 kini hanya tinggal kenangan. Selamat tinggal UiTM Jengka :'(.













Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday # 4 : Shhhh..rahsia!


Rumours + Gossips + "Value added information" = DISASTER!

NotaNana : Makin lama makin banyak assignments, tests, presentation etc. 
UiTM mula kedek-ot. Nak bukak fb pun tak boley. Sobsobs.

Wednesday, March 7, 2012

Wordless Wednesday #3 - Fight back to SCHOOL!

From left : Fieza, Farah and me
From left : Husna, Anem and Ain

NotaNana : Sekian. Aktiviti-aktiviti hari pertama bergelar student semester akhir.

Saturday, March 3, 2012

Perlu excited atau tidak?

Selepas dua bulan menjadi penganggur terhormat mengalahkan YB, maka Ahad ni bermulalah episod baru. 
SEMESTER BARU. AZAM BARU.
Perasaan? Nervous, gelabah arnab, excited, sedih, takut, happy, rasa nak terkencing smua adalah. InsyaAllah, semester ni bakal jadi semester akhir.
After this, dah hilang nikmat jadi student. Kena keje yop keje. *sigh*
Dah tak da dah, mintak duit merata-rata kat parents, malu sikit awak tu dah 20+++ ok? 
Ok. Fine. Sedar diri. 
Dah terbayang UiTM Jengka Kampus Khazanah Alam mula memanggil-manggil seraya senyum ala-ala sweet gitu (perli atau??) Ah. Lupakan.
Suka tak suka, kena balik jugak esok. Jangan nak buat onar ponteng kelas. Hahaha.
Buat kawan-kawan semester akhir, student Bachelor of Accountancy,
 Good luck and all the best. Semoga kita semua success. Amin.
Tiba-tiba sem ni dapat kolej. Terima kasih abe-abe yang bagi duk kolej.  


NotaNana : Terima kasih buat parents yang menangggung semua expenses masa study, dari diploma sampai degree. Menyediakan semua kemudahan untuk ke kelas dan sentiasa memberikan yang terbaik buat anakmu. Doakan anakmu ini rajin-rajin sokmo.
Tak terbalas jasa kalian.
 Sedih baca nasib kawan-kawan kat FB pasal ptptn, ada yang kena deduct sampai RM 1K. Apakah?


Tuesday, November 1, 2011

Cinta DEBIT KREDIT budak akaun!

Tergelak first time baca. 

Cinta si pelajar accounting

 Aku akan meng-CREDIT cintaku padamu, bila kamu men-DEBIT untukku cintamu. Aku akan mencatat kisah cinta kita dalam sebuah JOURNAL, dan mem-POST-ing nya ke dalam LEDGER hatiku. 

Aku akan menjaga sebuah ACCOUNT cintamu, berdasarkan DOUBLE-ENTRY. Dengan cara ini kamu akan tahu BALANCE credit atau debit, dan AMOUNT dari cintaku padamu. Kemesraan kita tercatat dalam WORKSHEET

Kadang-kadang kita perlu lakukan ADJUSTING ENTRIES untuk menjaga cinta kita agar ia tetap kukuh. TRIAL BALANCE untuk memperlihatkan bahawa kita serius antara satu sama lain, sebab TOTAL  dari cinta kita ternyata satu dan sama. Maka kita lakukan CLOSING ENTRIES saat kita setuju untuk bernikah.

PROFIT & LOSS statement, menyatakan apa yang telah terjadi kemudian, saling melengkapi  mari bersama-2 kita lihat BALANCE SHEET kita, apa jua
ASSETS & LIABILITIES kita miliki bersama ;)

NotaNana: Credit to Nor Syuhadak Abu Bakar!


Ini classmate ACCOUNTING saya. Ini bengkel MR ACCOUNTING untuk pelajar ACCOUNTING dan kami pelajar Bachelor of ACCOUNTANCY (HONS) UiTM Jengka.