Entri kali ni bengang campur geram tolak happy darab nak bunuh orang bahagi kaki kat kepala orang tuhhh! Perghhh! Marah sangat nih.
Pagi tadi, as usual pergi keje. Since Kuantan ni pelik bin ajaib still guna kupon yang gores2 tu bila park keta. So, nak dijadikan citer lupa nak beli kupon tu semalam.
Pukul 9am mintak permission keluar jap nak settle hal ni. Lepas beli tiket kat kaunter(beli yang sebulan terus), tiba-tiba ternampak sepasang manusia yang sedang meninjau2 kereta gua.
Apa lagi, dengan segera terkeluarlah teriakan raksasa bercampur speaker high volume (sumpah KUAT giler jerit)
"JANGAN SAMAAAAAAAN"
Terlupa sebentar tahap ke-maluan itu! Semua orang pandang (da la ramai orang time tuh). Ah, peduli apa dari kena saman, korang bukan nak tolong bayarkan pun. Yang menanggung diri sendiri.Huuuuuh lega diorang tak sempat saman.
Sori MPK, wa memang anti lu olang. Banyak giler kena saman. Huhu. Pantang buat silap even 5-10minit je. Kalo parking lot bersepah takpe jugak. Ni boleh kira dengan jari. Huhu.
Sebelum ni, rasa nak menangis setiap kali nampak surat saman kat wiper. Trauma. Orang lain keje tension dengan bos garang, kena marah, terkejar2 dengan date line, penat kerja menimbun tapi gua rileks je bab keje ni.
Rasa enjoy gak bila kakak2 n abang2 kat situ kasi keje
(macam dapat new tender je feeling dia tuh ;p)
Berbalik hal tadi, persoalannya, Adakah dengan saman boleh buat sesorang tu lebih berdisiplin? atau membebankan lagi ekonomi diorang?
Ya la untuk status student aka trainee macam gua ni nggak punya uang yang banyak.
NotaNana: Tiba-tiba berangan nak jadi wakil rakyat, bela nasib rakyat dan bersuara. Sila highlight word berangan okey! ^.^v
Special thanks to Kak Noor yang cantik, sebab tolong Nana tadi.
Muahmuah untuk Kak Noor.
![]() |
| Tang muloot tu sama(part jerit "JANGAN SAMAN"). Tapi tang kaki pun ya jugak kot ;p |
