AMARAN: AWAS! Entri ni terlalu panjang disebabkan idea datang mencurah2 ibarat kuah sup tulang melimpah ruah sehingga terkeluar dari mangkuknya. Jika anda TIDAK bersedia, jangan baca. Untuk Incik Muz, hope anda sudi baca :)
Terasa nak join segmen ni. Excited rasanya nak cerita tang bff ni. Erm tapi tak tau nak mula dari mana.
Ok slow2 eh?
Nana ada ramai bff. Mana taknya, sebab hampir 23 tahun hidup kat muka bumi ni dan secara rasminya pernah tinggal di enam negeri (termasuk tempat belajar). Mula dari negeri asal Kelantan(7 tahun) kemudian pindah ke Melaka( 3 tahun), KL (7 tahun) dan sekarang di Pahang (hampir 3 tahun).
Tapi untuk segmen ni nak cerita pasal bff yang pernah sama2 belajar kat UiTM Segamat, Johor dulu. Mula masuk sini untuk sem 2, sebab sem 1 dulu kat UiTM Kota Samarahan, Sarawak.
Mula kenal tahun 2007. Masa tu dengan tak malunya cari kawan yang sama kelas dan sama dorm. Disebabkan Nana baru transfer dari UiTM Sarawak jadi, harus cari kawan baru supaya nanti tak da la gi kelas duk meroyan jalan sorang2. Ditakdirkan kami sama kelas sampai part 6 dan tamat diploma sama2. Alhamdulillah, kami grad on time for Diploma In Accountancy.
NAMA NANANINI
Banyak suka duka yang kami kongsi, paling terkesan di hati kami selalu gabungkan nama kami berdua jadi NANANINI(honestly Nana sangat rindukan nama ni). Kami akan guna gabungan nama ni sebab sistem order makanan kat Kafe UiTM Segamat perlu letakkan nama, order makan apa, nak ambil pukul brapa dan kena letak juga (B) untuk bungkus atau makan(M). So, kami slalu bergilir kalo Nini yang order makanan dan Nana yang akan ambil. Sampai abang kat kafe selalu sebut nama kitorang NANANININUNU(hahahaha).
KERJA GROUPING, DALAM KELAS
Kalo kerja grouping or pair work memang kami akan buat berdua atau mesti sama group. Kenangan terindah pasal keje grouping untuk presentation BEL (english) part 4, dan subjek makroekonomi (terlupa kod, rasanya ECO kot).
Presentation BEL ni kena promote goods yang still new and then bagi benefit dia apa and so on la. Disebabkan lecturer tu India(lelaki) so dengan sengaja nya Nana choose Mariah Carey coz time tu dia tengah hot and perfume dia still new kat Malaysia (M perfume by Mariah Carey). Pom pam pom pam kat depan(dengan tangan macam parkinson) kami dua dapat A for this subject(60% marks from presentation, ada 3 task semuanya, dan untuk final exam hanya 40%).
Then untuk presentation subjek Makroekonomi, kami berdua pernah dapat best group and full mark untuk presentation pasal ‘The different of currency between Malaysia and other countries’(lebey kurang cam tu la tajuk dia). Huh, jujur cakap time ni kami tak ready nak present, buat slide pun simple habis, dan pagi sebelum gi kelas baru check kamus currency tu apa. Memang noob gila. Then, bila kat depan(time present) ntah mana datang idea compare kan currency Malaysia and Indon (kebetulan kat rumah ada maid, dan tau pasal 1 juta rupiah equal to RM100) so explanation memang kencang giler! Fuh! Lecturer pun suka, kawan2 pun faham. Alhamdulillah we made it.(mungkin stengah orang kata alaaa setakat tu aku pun boleh buat, but for me ni moment paling manis, punya sejarah tersendiri, dengan tekanan test, presentation, assignment and kuiz berderet2, jadi ini yang terbaik dari NanaNini ;).
DUKA DAN AIR MATA
Bila Nana sakit, Nini la akan susah payah tengokkan. Pernah masa Nana demam, dia temankan gi klinik (dengan naik van, sebab masa tu kami tak da kereta lagi dan konon tak nak susahkan Abah, sebab Abah cakap kalo tak gi klinik dia nak datang Segamat, memandangkan masa tu family duduk KL dan KL-Segamat 3 jam jadi tak mao susahkan hati Abah so bila bagitau Nini, dia sanggup temankan). Tambang teramatlah mahal. Bila nak bayar, Nini cakap, tak pe la kita kongsi dua. Betapa ikhlasnya hati Nini. Menitis air mata time tu. Rasa terharu sebab tak pernah ada kawan macam tu.
Part duka yang paling terkesan kat hati ialah kejadian Mei tahun ni, on my birthday (6th May). Dapat call dari Nini dia kat hospital. Masa tu da tak sedap hati sebab suara dia lemah sangat dan sayup2 je(macam tenggelam timbul), mungkin sebab dia da banyak menangis. Rasa sangat terkejut bila dia cakap dia kena tahan kat wad sebab apendiks dan kena operate pukul 7 pagi esok. Terus menangis dan hati meronta nak pergi Melaka (Nini sambung degree di UiTM Melaka, dan Nana di UiTM Jengka). Dan paling tragis kami berdua tengah FINAL EXAMS! OMG! Kami masih ada DUA PAPER lagi time tu. Bayangkanlah perasaan saat tu. Sedih, sayu, sebak dan semuanya bercampur. Dalam hati asyik BERDOA je supaya dia ok. Esoknya, dapat khabar gembira, perut dia da ok sket dan dia mintak dengan doktor untuk keluar wad dan seat for final exams.
To be honest Ni, Ni seorang yang sangat kuat, cekal dan tabah. Na kagum dengan SEMANGAT Ni. Na tahu Ni tahan sakit sebab tak nak terlepas peluang ambil dua paper akhir tu(8 Mei dan 10 Mei). Even Ni ambil dua final paper dalam keadaan Ni masih sakit tapi Ni buktikan kesakitan tu bukan halangan untuk Ni berjaya. Na cakap Ni berjaya sebab Ni masih boleh maintain ur result dengan CGPA 3.5 and above.
TRUST ME, I'M SO PROUD OF YOU.
Last but not least, presented to Muz and others, she is the one and only, NURUL AINI BINTI RUDIN.
I love her damn much.
One in a MILLION. Nini with her Cik Abang, MR Farith ;) |
NotaNana: Sebenarnya Nana ada ramai sangat bff(15 Orang) tapi rasanya tak sempat nak cerita pasal semua. Bff yang lain juga sentiasa di hati dan Nana sayang korang semua :)
11 comments:
wow best kan dapat kawan yang sama gembira dan sedih... awak sangat bertuah taw dapat kawan camne... bukan semua orang ada, kekadang ada kawan yang akan ada time kite happy n menghilang bila kita sedih....
anyway hope persahabatan korang berpanjangan selamanya....
ne kalo kengkawan nana lain baca mesti jelas punya sebab nini je kena review habis-habisan..hehe
muz:hiiiiii(excited muz dtg sini)...hope kawan2 yang lain faham, next time muz buat contest bff, nana cerita pasal diorang plak ;)
yup..sgt bertuah, dapat some1 mcm nini ;) susah dan senang sama2, sebenarnya byk lg nak ceita tp takut meleret2, yg kat atas tu pun da meleret kan?? ;)
nasiblah nana tak wat novel tadi, takut dah muz baca starting nya tadi... hope nini baca entry nana ni... :)
hahhahaha...comel je muz ni..kang kalo buat novel paksa muz jd buyer..ngeee..nini da baca, nana share kt fb and dia sgt terharu ;)
hehe... boleh gak, muz jadi first buyer ne... nana sal tak tido g ne?
ouch..terharu if Muz jd my 1st buyer..heeee..
tu la xngantuk lg..percaya x??nana xdinner lg coz sibuk duk mengarang essei segmen Muz ni ;) tp honestly,nana mmg minat nak join segmen ni..dan suddenly dapat idea malam ni so sgt excited...(3 hari perap kat EDIT POST tau)
hehe, tak sangka plak ye, anyway thanks sesangat cuz sudi join segmen muz ne, lagipun ne first time muz wat segmen, syukurlah dapat feedback juga... sorilah menyusahkan nana sampai tak dinner plak jadinya... :)
EH DUN SAY DAT..nana yang semangat waja,hati kental nak join..nana mmg mcmni if tgh buat keje or smthng else mmg buat sampai habis..fokus..da siap baru buat bnda lain...tambah2 kalo buat smthng yg nana suka :)
good night muz..have a nice dreams :)
aduh macam nak pergi perang lah plak dengar ayat semangat waja dan hati kental tu... :)
ok assalammualaikum,
gud nite & sweet dreams...
na,so sweet...well kwn2 camnilah yg kite slalu kene doakan supaya setiap perhubungan dlm persahabatan 2 sntiasa diberkati Allah..=)
ain: thanx cyg :) heeeee...tapi korg yg lain pun sentiasa di hati jugak :) syg korg smua sgt2 :)
Post a Comment