BACKGROUND

Showing posts with label SiBLiNGS. Show all posts
Showing posts with label SiBLiNGS. Show all posts

Monday, February 13, 2012

Singapore - Part 3

Sambungan dari entry-entry sebelum ini :


Hari ke-dua di negara seberang tambak yang dulu asalnya sebahagian dari Malaysia.
Kali ni, incik tourist guide bawa kami ke a few tempat yang dikategorikan sebagai tempat menarik untuk dilawati.
 Firstly, kami ke Bugis Street. Bagi saya, tempat ni sesuai untuk beli souvenir-souvenir untuk orang-orang yang jauh dimata tapi dekat di hati. Ececeh. Booooo.
Harga pun berpatutan. Susah nak bargain , normally, fixed price la.


Dimulakan dengan pembelian jam Ben 10 Najmi yang berharga 10SGD (SingaporeDollar). Tak tau kenapa, kalau berjalan je Najmi akan moody so nak bagi dia cheer up balik kena lah bribe something. 

 Ini turn kakak dan abang-abang Najmi plak.
Kembang lobang-lobang idung duk pilih souvenir. Huduh sungguh.


Keadaan sebenar dalam Bugis Street. Percaya tak,ice blended and pure juice dia hanya 1SGD?
Sangat murah dan sedap. Pure tak mix denga sugar langsung.


Now, we were in Arab Street yoo. Tempat beli karpet, kain lace pengantin n etc, kain-kain yang esklusif yang diimport dari negara-negara seperti Switzerland dan lain-lain lah. Kebetulan lusa (12th December) merupakan birthday Ummi, so Abah bermurah hati ler nak belanja buah hatinya. Anaknya pun tumpang sekaki ler ;)
Lepas shopping pun mata melilau lagi. Pompuan! Pompuan!


Adinda-adinda,Hassanul Aiman dan Muhammad Faiz. Kat belakang tu Marina Bay Sands.
Singapore pernah jadi final pit stop for The Amazing Race Asia 2.
Sangat addicted dengan The Amazing Race. LOL!



 Ummi dan Najmi. Sayang dua-dua :)


Ayuh kawan-kawan kita main lompat-lompat +___+ teeheee!


dan lagi.......


YES! WE DID IT. Heeee. Credit to my lovely Abah.


 Chinatown. Kat tepi area ni ada macam mall. Tapi, barang-barang kat sini kureng berkualiti.
Majoritinya from China. Setakat cuci mata je lah.


Lang Court.


Leather bag. A gift from Abah. Thank You! Love You.
*Smilee sampai nampak gigi +___________+


Posing lepas shopping tepi waterfront.


Orchard Road.


Goodbye Singapore. Till' we meet again. Me with Luqman Hakim :)

A few things I want to share with you guys :
  1. CURRENCY. Tukar duit mengikut budget anda. Survey awal-awal,lebih untung kalau time tu currency diorang drop. Masa pergi hari tu, 2.47SGD (SingaporeDollar) = RM 1
  2. LANGUAGE. More to English.
  3. TRAVEL AGENT. Carilah yang betul-betul bertauliah yang layak dilabel sebagai tourist guide. Tak salah melabur sikit, dapat jimat masa, dan tenaga.
  4. IMIGRESEN. Strict sangat masa nak masuk Woodlands, Singapore. Kalau tertidur dia tetap kejutkan sebab nak tengok muka sama tak dalam pasport, buka bonet kereta bagai lah. Tapi, jika sebaliknya spotcheck dia biasa je.
  5. HIJAU. Memang cantik sangat, sepanjang highway memang banyak sangat pokok-pokok. Memang sejuk mata memandang. Menurut Abah (sebab tourist guide memang hancuss), kerajaan Singapura memang sengaja tanam dan jaga pokok-pokok ni untuk Oksigen. Pernah satu ketika dulu, rakyat diorang selalu murung dan stress. Tanam pokoklah solutionnya.
  6. KEBERSIHAN. Memang tip-top. Kena denda kalau buang sampah merata-rata.
  7. DISIPLIN. Memang berdisiplin. Kat jalan raya pun dah boleh nampak.
  8. BUDAYA. Nampah lebih ke arah kebaratan. Banyak casino, pakaian pun.
NotaNana : "Ekeleh Singapore je kot". 
Walaupun Singapura hanya sebelah je Malaysia, tapi itu tak penting, yang paling penting dengan siapa anda menhabiskan masa yang berkualiti iteww.
Semoga Ummi dan Abah sentiasa dimurahkan rezeki agar aktiviti setiap setahun sekali ni dapat diteruskan lagi.
InsyaAllah. 
Doa saya, semoga ikatan sillaturrahim kami sekeluarga akan kekal abadi sehingga ke akhir hayat. 
Amin.



Wednesday, February 8, 2012

Singapore - Part 2

Malas nak cerita banyak kerana setiap gambar ada ceritanya *versi Yuna* ;)



Main entrance USS. Akak askar yang pakai suit kaler merah bling-bling busy duk check tiket. Hello Sir, Welcome to USS Sir...blablablabla.


Si bongsu tak jadi, Faiz dan si bongsu yang jadi, Ali Najmi :)
*muka Najmi muka mintak penampar. Merajuk latteewww. Ada yang tak kena latteeww.


Bila muka Najmi canggitu, Abah segera bertindak lalu dibelikan popcorn yang berharga 10SGD. Untunglaaa jadi anak bongsu. Kalau orang lain yang merajuk Abah buat derrrkk je la.


Mari ghama-ghama pakat make popcorn. Slake,slake *dialek Kelantan


USS terbahagi kepada tujuh part iaitu New York, Hollywood, Sci-Fi City, Ancient Egypt, Far Far Away, The Lost World dan Madagascar.  
So, we decided to start our journey with Hollywood. Berlagak ala-ala duk oberseas giteeww (perlu ke?) Haha. The attraction, ada thirteen but salah satunya,
The Brown Derby Shop - it's funny, crazy, silly hats and accessories for the young and young at heart. Erk?? Ok, Abah memang young pun ;)


Young and young at heart yang sebenar. *Phanggg


Now, we move to New York. New York yooo.
Lights, Camera, Action! Hosted by Steven Spielberg
Ni queu before we enter the show. 
 Setting dalam tu nampak macam ntah pape je, tapi ada - special effects as an empty sound stage becomes the setting for a major hurricane about to hit New York City.
Seriously, macam real, terasa seperti pelakon hebakkk parokkk tapi tak da peminat. Kwangkwangkwang ;p


Beratur, beratur dan beratur. Abah dan Najmi tengah diet :p


 Shall we dance? Come on. Let's dance together *tetiba. 
Street Dance *thumbs up!






Haiiiiii. Nama saya Nana ;) Nama awak? :p

Peminat mati kuat kipas (die hard fans) Usain Bolt. 
Diketuai oleh Incik Habbali Ibrahim ;p 


Trasnsformers, the ride yooo! Jom yooo! Tak naik rugi yoooo. 
Baru introduce on 3rd December 2011 yoo, if I'm not mistaken yooo.


Demi Transformers, beratur tigapulohlima lingkar pun sanggup. Almost 1 hour queu. Demm. 
Najmi mula buat perangai. Bosan beratur, panas, lapar dan bayang Transformers pun tak nampak lagi. 
Apa pun tak boley.


Ok,yang ni apa pun boley.
Minit ke 45- baru nampak teTv - teTv (sebab banyak maka jadi TE-TV) Transformers. Hentam lah labu. TeTv-TeTv itu menceritakan (hamboii ayat) Behind the scenes and the making of Transformers.

Me-Model-me Model spek 3D. zzzzz Luqman dah ngantuk. Hehe. Satu kereta for ride for 4 person. 
Jadi, Najmi nak naik berempat dengan abang-abangnya, maka kakak Najmi geng dengan Ummi dan Abah dan satu orang abang hensem *ehemehem ;) sangat awesome sebab ala-ala tengah berperang dengan enemy Transformers iteww. Tiba-tiba *booooonnnggg* bom datang tepat ke muka,punya lah real siap berlaga kepala dengan Abah. Spek 3D Abah patah dua. Dalam 15 minit mungkin duk 'battle' dengan enemy Transformers iteww. Fuuuhhh. Penat.

P/S WAJIB pakai spek 3D dan WAJIB jerit untuk dapatkan special real image and sound effects :p


Nak gambar dengan Transformers? Bak 5SGD ke 10SGD. 


Accelerator. Nama mainan ni. Main jugak sebab Najmi nak main.


Ancient Egypt. Aiman bajet katangg latteeww.

Lunch @ Oasis Spice Cafe. Nasi beriani 12SGD sepinggan. Taste? Boleh lah tahan.


Najmi, peminat tegar eskem Cookies 'n Cream 5SGD semangkuk kecil. Dua kali mintak eskem. 
Eskem dia cecomel je,boolat-boolat kecik macam bola tapi sangat kecik.*takretinakexplain.
 

MR Woody Woodpecker. Perasan tak Abah tutup kening dia??
Terinjured masa berlanggar kat Transformers Ride. Huhu.
Cian Abah. Ampun. Maafkan anakmu ini. Sobsob.


Main entrance Ancient Egypt.

Treasure Hunters-children can drive their own desert jeep through an abandoned Egyptian excavation site. Najmi's favvy. Layankan je la even kinda bored! zzzzzz.


Amaigaaad. Kami berempat, Luqman, Aiman, Faiz dengan berani mati naik roller coaster Battlestar Galactica yang berwarna MERAH iteeww. Abah cabar kami, kalau berjaya naik dia bagi 50SGD each. Even tak berapa berani, ketar lutut tu masa nak naik, tapi nak jugak try, hambeekk kau. Fuuuuuhhh. Rasa macam mati hidup semula. Jantung stuck, sereeeeemmm (up lagi dari SERAM!)

#Attention! Zooming at speeds of 90 KM/H, this seated coaster narrowly avoids collisions as it twists, turns and propels you OVER 14 STOREYS INTO THE AIR! demmmm! 


Welcome to Far Far Away. Bateri dah almost half, gone! So, just enjoy main kids punya  roller coaster (Enchanted Airways) and Magic Potion Spin. Nama nak kelaaass je.


Posing je la. Last show at 6pm. Sobsob.


Yeah! Let's sing along with Shrek's sidekick Donkey in an interactive 'live' show. 
Donkey kuat kentut, kata Najmi. 
Best jugak la layan bebudak kecik nyanyi, dancing sesikit. Adeeeii. Kalau tak da adik, tak da nya nak sing along dengan donkey! Layan kan je lah.


Ya. Sekali lagi demi adinda tercinta, Ali Najmi kami lima beradik naik menda alah ni. Layannnn.


The Lost World. Canopy Flyer yang mampu mengecut perutkan keadaan and Dino-soarin - syok jugak naik ni, naik Pteranodon (sejenis dinosaur), boleh naik dua orang, pastu dari lowered,bila kita press red button, naik up up into the clear blue sky. 
Cewaah. Ayat tak nak kalah kan. Najmi naik dengan Abah sampai empat kali. 
Suka sangat latteeeeww.
#isi takda kaitan dengan gambar di atas. Ekekeke.

NotaNana: Masuk USS tengah hari, keluar malam hari. 
Next entry,  pasal Bugis Street, Chinatown, Merlion Park and etc :)
Thank you for reading this :)











Friday, June 24, 2011

Semalam SAKIT MATA, hari ni SAKIT PERUT, esok SAKIT?

Ahmad Ali Najmi. Si bongsu yang manyak kelenah woooo (baca dalam loghat Cina). Baru darjah 1 tapi tersangatlah manyak idea kreatip metipnya. Semalam, da tak pegi sekolah sebab sakit mata, Ok. Alasan diterima sebab memang kena bawa dia jumpa doktor pakar pun. Tiga jam menunggu.
Hospital kerajaan. Tunggu menunggu tu perkara biasalah.

*****Selepas 30 minit menunggu.....

Setiap 5 - 10 minit sibuk duk ajak balik.
Kakak, jom la kita balik, adik da ngantuk. Alolo. Cian dia.
1 1/2 minit kemudian, kakak cepatlah telefon pak cik tu,kakak ada kan nombor dia.
OK, nanti kakak call. Geram pulak, rasa nak lempang lempang pipi apam dia tu.
Tapi, setiap kali dia sebut KAKAK, hati cair. *pheewww*

Untung jadi Najmi. Ya la memandangkan gap umur siblings lain yang tersangatlah jarak. Dia lahir, abang sulung da form 5. Yang atas Najmi, Faiz standard 4. Kitorang panggil dia anak warga emas. Muahahahahaha. Umi preggy masa umur dia 41. Dan dia teramatlah berpengaruh. Cakap lah nak makan apa, kat mana, nak apa confirm dapat. Belum bab, mintak mainan ke hape. Tak pun kalo Abah outstation. Dia punya ole-ole double triple lebey.
Kalo kitorang mintak, JANGAN MIMPI!
Melalak meraung pun Abah buat derrrk je kot (<-------T.I.P.U). 
Eh, da terbabas dari tujuan asal.

Dan hari ni, bangun pagi je, Kakak, adik sakit perut la. Aduh duh duh. Ngapain hari2 pun sakit.
Abah da gelak-gelak. Agak-agak esok sakit apa pulak ya?? ^.^v



NotaNana: Pantang kalau kakak dia cuti dan ada kat rumah, pengambilan peng-kemsempatan berlaku (Bahasa Melayu, apakah?). Untunglah. Trimas buat pak supir jugak, sanggup tunggu dua tiga jam.