BACKGROUND

Thursday, July 28, 2011

I wish I was there!

Malaysia vs Singapura! 

Honestly, kalo saya ada kat KL memang da lama saya ada kat Stadium Bukit Jalil, jadi salah sorang pompom girl yang tidak bergaji. Heee. Join my other friends. Jujur cakap jeles tau tak bila kat FB smua friends busy nak gi stadium. Da la miss chances nak tengok Liverpool, Chelsea dan Arsenal. *SIGH* 

Tapi apakan daya since da keje schedule teramat tight. Dan saya di Kuantan. Trust me, zaman belajar memang tetap terbaik. Semuanya terletak pada jati diri (I mean if nak gi kelas ke tak, nak makan apa, smuanya you have to decide on your own). Ecececeh.

Sebelum terbabas, tonight, whatever the result is, my dear Malaysia, you will always the winner in my heart and the rest also (fans).. 
Tinggal 18 minit lagi, just hoping for the best! 
1-1, it's quite tough but GO TIGER GO.
Raawwwwrrrrrr aummm aummmmm.

NotaNana: I am not a good commentator. I admit it. Ngeeeeee ;)
Proud to be MALAYSIAN. Tanah tumpah darahKU.

Tuesday, July 12, 2011

Saman!

Entri kali ni bengang campur geram tolak happy darab nak bunuh orang bahagi kaki kat kepala orang tuhhh! Perghhh! Marah sangat nih. 

Pagi tadi, as usual pergi keje. Since Kuantan ni pelik bin ajaib still guna kupon yang gores2 tu bila park keta. So, nak dijadikan citer lupa nak beli kupon tu semalam. 

Pukul 9am mintak permission keluar jap nak settle hal ni. Lepas beli tiket kat kaunter(beli yang sebulan terus), tiba-tiba ternampak sepasang manusia yang sedang meninjau2 kereta gua. 
Apa lagi, dengan segera terkeluarlah teriakan raksasa bercampur speaker high volume (sumpah KUAT giler jerit)

"JANGAN SAMAAAAAAAN"

Terlupa sebentar tahap ke-maluan itu! Semua orang pandang (da la ramai orang time tuh). Ah, peduli apa dari kena saman, korang bukan nak tolong bayarkan pun. Yang menanggung diri sendiri.Huuuuuh lega diorang tak sempat saman.

Sori MPK, wa memang anti lu olang. Banyak giler kena saman. Huhu. Pantang buat silap even 5-10minit je. Kalo parking lot bersepah takpe jugak. Ni boleh kira dengan jari. Huhu.

Sebelum ni, rasa nak menangis setiap kali nampak surat saman kat wiper. Trauma. Orang lain keje tension dengan bos garang, kena marah, terkejar2 dengan date line, penat kerja menimbun tapi gua rileks je bab keje ni. 
Rasa enjoy gak bila kakak2 n abang2 kat situ kasi keje
(macam dapat new tender je feeling dia tuh ;p)

Berbalik hal tadi, persoalannya, Adakah dengan saman boleh buat sesorang tu lebih berdisiplin? atau membebankan lagi ekonomi diorang? 
Ya la untuk status student aka trainee macam gua ni nggak punya uang yang banyak.

Semuanya depends on  my parents(shame on you). Kesian depa. Diorang pun banyak benda lagi nak bayar. Bil air, letrik, astro, road tax la, makanan kucing buangan yang slalu mintak ikan belakang ghumah la, dan macam2. Ni saman kupon, tak campur saman JPJ, Polis bagai.. Tak ke menipis duit depa ni. Kesian tau. *emo nih*

NotaNana: Tiba-tiba berangan nak jadi wakil rakyat, bela nasib rakyat dan bersuara. Sila highlight word berangan okey! ^.^v
Special thanks to Kak Noor yang cantik, sebab  tolong Nana tadi. 
Muahmuah untuk Kak Noor.

Tang muloot tu sama(part jerit "JANGAN SAMAN"). Tapi tang  kaki pun ya jugak kot ;p

Monday, July 4, 2011

Hari pertama sebagai trainee @ Jabatan Akauntan Negara, Pahang.


4 Julai 2011, secara rasminya da start intern di Jabatan Akauntan Negara Cawangan Pahang. Awal2 pagi bangun, excited terus buat rutin harian dan siapkan si bongsu Najmi tuh. Mak aii memang menguji kesabaran dengan kerenah si kecik ni. Kejut bangun dia buat2 lembik macam agar2 tuh. Grrrr grrrr, kakak geram. 

Lepas hantar Najmi gi sek agama, terus drive nak ke Wisma Persekutuan. Tapi disebabkan degil(umi da pesan suruh Luqman hantar pagi tuh sebab dekat Wisma ada function Sultan Pahang dengan Menteri Besar datang kot). Sampai ofis awal, 7.30pagi, tapi punya la gelabah susah giler nak parking kereta. Grrrrrr grrrrrr, kakak Najmi geram lagi. 

Wahai kerajaan Pahang, yang kaya lagi bijaksana, tolonglah selesaikan isu car park ni, honestly susah sangat nak parking, kawasan sempit tapi kereta banyak giler. Huhu.

Jam da pukul 8am, parking belum menampakkan bayang (jangan ko mimipi). Huhu. Last2 decide balik rumah (dengan beraninya take risk) suruh Luqman je hantar gi ofis. Si adik yang terkejut melihat kakaknya pulang, “eh kenapa balik”, susah nak parking, jawab seringkas yang boleh. Huaaaa.

Setibanya di ofis buat kali ke dua, tepat jam 8.25am (syabbass betteaaa) ANDA LEWAT! Huhu. Da sampai pergi la tempat daftar, dan2 abang tu kata kena daftar kat ofis admin kat bangunan belakang dekat dengan BSN sebab buat masa sekarang AG (stand for Accountant General kot) pecah dua. Gelabah. 

"Tapi bang saya da tak da kereta, tadi datang adik hantar" 

"Tak pe jalan kaki pun boleh, dekat je, kat belakang jerrrr"

"Erk. Baiklah"' lucky jumpa kakak………(erm lupa la plak nama dia), dia temankan gi admin. Thanx kak, jasamu dikenang.

8.45am, kak CC Wan, one of the staff kat situ cakap pegawai2 atasan smua meeting. Petang baru diorang ada. Ok. Fine. Pastu kak CC Wan suruh duduk kat 1 meja kosong dan dia bagi buku suruh baca. Baru baca 4-5 ayat, huaarrrrggghh (nguap). Gila ngantuk. Da tersengguk2. Tengok jam baru 9.30am. Makk aihhh bila nak pukul 5pm nih!

Pukul 4pm baru la kak CC Wan bawak jumpa pengarah kat tingkat 5. Masuk ofis, pengarah tak de, so sembang2 dengan PA beliau, Puan Hannah. Comel dan sangat friendly. Borak2 dengan dia. Terhibur la jugak hati sebab dia suka buat lawak dan banyak membantu, bagi info2 pasal jabatan ni. Tau la sket2 kenapa jabatan ni dipecahkan dua bahagian dan kat bangunan BSN ni hanya tempat admin, etc dan kat Wisma Persekutuan bahagian Operasi. 

Jumpa pengarah dan ni antara conversation dengan Pengarah Jabatan Akauntan Negara, Pahang.

Pn. Sharifah    : ..rate yourself to communicate in English (lebey kurang gituww la soklan dia)

Me                 : Erm ….7..(dengan confidentnya)

Pn. Sharifah    : Eh tapi dekat ur practical training evaluation form, rate sampai 5 je.

Me                 : Erk (blushing, dalam ati terlebey sudah, nampak sangat tak baca dulu form tu b4 gi ofis)… *SIGH*

NotaNana: 1st time tak lunch, tak biasa nak gi makan sorang2. Umi dengan Abah pesan harus friendly dan belajar berdikari lagi. Baiklah. Tapi bukan tak mao kawan, cuma takut ganggu kakak2 tu buat kerja. Baru sempat tegur2 dengan kak Gee dengan kak Ida, nanti nak tegur semua orang, nak kawan dengan semua orang. Hope diorang sudi :)


Log book. Buku Arahan Perbendaharaan.
Bukan disini ya dik, tapi belakang bangunan ni. *sigh*
Special thanks to my awan NANONANONANO ;)
P/S : Sebab sudi temankan gi spotcheck Wisma Persekutuan sehari sebelum tu. I love you 3,4,5.........ngeee!

Sunday, July 3, 2011

Jom Blogwalking Ramai Ramai !




Heyya! Nak join segmen Cik Bunny,  if nak join jugak, klik SINI
Thanx cik bunny coz  buat segmen 'JOM BLOGWALKING RAMAI-RAMAI' ni :)


NotaNana: Best sebenarnya blogwalking ni. Dapat bermesra-mesraan dengan blogger2 lain ^.^v

GEGAR BLOG JULAI 2011



Hello bloggers! Abang Ben buat segmen lagi. YEAY! Nak join nak join (muka tak malu). Orang lain da lama join tak kecoh pun! Okok for those yang terlambat macam Nana,dan nak join jugak  klik SINI!

Sebelum ni Nana pernah join segmen, Blogger Hijau Mai Singgah Sat Noo dan jugak Ben Ashaari Ajak Kritik Blog Aku. Impak dan pengaruh Abang Ben memang kuat. Jadi, tidak hairanlah Abang Ben pernah terima bermacam-macam award dan pernah keluar di majalah.

Once join segmen, terus dapat ramai kawan baru dan honestly, baru dapat feeling yang blogging ni aktiviti yang sangat seronok sebenarnya. Mula terjebak dengan dunia blogging since Januari 2011, itu pun atas faktor lecturer suruh create blog untuk komen tentang assignment. Sebelum ni, selalu jadi silent reader sahaja.

Usaha tangga kejayaan!

Pepatah yang simple tapi dalam maknanya. Tanpa usaha, kejayaan takkan datang bergolek. Harus kerja kuat supaya dapat jadi blogger yang hebat. Maksud blogger selalu disalahertikan, bukan bermakna bila ada blog je, kita ialah blogger. Blogger adalah medium dimana seseorang itu menggunakan hasil tulisannya untuk kebaikan atau lebih tepat lagi berkongsi ilmunya untuk kebaikan orang lain.
 
Harapan saya,ingin menjadi seorang blogger yang mampu menyumbang idea dan berkongsi ilmu penting dengan blogger-blogger yang lain. 

InsyaAllah :)

NotaNana: Banyak lagi yang perlu diperbaiki sebelum layak dapat title "BLOGGER"!