BACKGROUND

Tuesday, May 24, 2011

KAKU tanpa orang tersayang!

TERISTIMEWA BUAT YANG TERSAYANG (you know WHO you are ;)


Sampai je Klinik Fadzilah, Jengka hati rasa sebak gila. 
Gelap. Senyap. Sunyi. 
Buat hati yang dah disuruh kental 
(awal-awal lagi dah pujuk Incik Hati supaya KUAT) 
Rasa nak nangis time tu jugak. 
Tapi control mec-ho sket, TAHAN je.

" Tak pe Nem, kejap je kita kat sini"
(konon2 pujuk Anem, tapi.....hati sendiri???) sobsob.

"Tapi....aku tak boleh la, sedih sangat. Tambah2 tengok katil Ain kosong"

"Nana pun Nem, tengok katil Fieza je sebak"

Fiezaaaaaa, Ainnnnnnnnnnnnn, Pharahhhhhhhhhhhhh, Mumiiiiiiiiiiii 
(rasa nak jerit kuat2). 
Rindu korang sangat2! Sedih gila bila gi lunch, dinner berdua je. 
Konon cam romantik habis la kan. 
Ke mana-mana berdua, macam belangkas bagai. 
Umpama orang yang bercinta pun ya jugak, tapiiii... persetankan semua tuuu.

SEBAB??

Kami KAKU tanpa orang-orang yang kami sayang. 
Orang yang susah senang sama-sama.
Orang lain apa tau. Kita pernah dihentam, dikritik, ditikam dari belakang(tapi syukur tak mati lagi), YA! 
Kita pernah ketawa sama-sama, nangis sama-sama, janji sumpah setia tak online sama-sama(you guys tau kan pasai apa), makan kat gerai nasi lemak sama-sama, kongsi Koko Crunch sama-sama, kongsi sabun toilet Ain sama-sama, conteng white board sama-sama,gi pasar tani beli coconut shake dengan hamlet sama-sama, makan meggi goreng Abang Chef Wan hensem sama-sama, main baling tepung sampai tak hengat sama-sama, berlakon Arab pakai baju kurung/kebaya pukul 2-3 pagi sama-sama, pakai baju kurung malam2(lepas presentation PBL, kelas AIS630) gi makan nasi lemak sampai semua pakcik2 kat kedai pandang kita dengan muka pelik, countdown brapa hari lagi nak balik rumah sama-sama, makan kari basi sama-sama. 
*sebak*

TAPI SEKARANG?
Semua tu tinggal kenangan. Da tak da orang nak conteng white board, da tak da gelak ketawa korang semua apatah lagi usik mengusik.
To be honest, I miss you guys BADLY.



                    NEVER EVER SAY GOODBYE! KAWAN SAMPAI MATI!





NotaNana: Pakcik jual Coconut Shake, "Pakcik bagi diskaun hari ni supaya korang dua gembira sket". Kitorang complain kitorang tak berapa gembira last week. Sobsob.

Tuesday, May 17, 2011

Kembali PULANG!

Hari ni dengan rasminya cuti da habis. 
HARUS pulang ke Jengka untuk polish brain yang semakin berkarat ni 
(intersesi FAR450 dengan Anem Ahia).  
Word HARUS sengaja di caps lock kerana no excuse untuk kau cakap ko sakit or something else untuk kau escape class. 
Sobsob.

Sedih sebab terpaksa tinggalkan :-
  • Ummi, Abah, Najmi and others *tipu ouh padahal kau sedih nak tinggalkan katil kau ngan tilam kan*
  • Okey now I admit, katil, tilam, bantal, air-cond *gediks ouh* >.<
  • MAKANAN in Arabic ma'kulat *since Abah sakit and MC ni, beliau gemar membawa kami menjelajah makanan yang best di Kuantan*(sebelum ni beliau sangat lah busy, Saturday golfing atau nama lain menebas rumput serta lalang di golf club..huhuhu..Ahad sometimes dah kena gerak KL ada meeting on Monday morning and whatsoever). Ada hikmahnya Abah sakit.
  • Fesbuk! Blog! Astro! 
  • Drive kereta parents. REASON?? Jimat minyak kereta sendiri *gila kedekut taik idung masin minah ni, padahal duit semua mintak kat Abah*
  • Jalan-jalan cari pasal. Haha. Kalau duk rumah anytime je boleh follow Abah gi KL ke, makan kat Maran ke balik Kelantan ke pergi mana-mana ke, coz schedule Abah yang selalu outstation and efficient!

NotaNana: Teringat last week, baru je sampai rumah from Jengka (tak sampai 10minit kat rumah, Abah ajak teman dia gi KL, jadi driver). Gila best coz dapat pau Abah makan kat JM Beriani House segala bagai *okey saya admit Kuantan tak ada semua ni dan saya sangat jakun* kuang kuang kuang. Dan next daynya ehem ehem (suara gedik gedik manja, "Abah nak shopping", lalu dihulurkan beberapa keping not RM 100. YES! MISSION ACCOMPLISHED. Lama gila tak shopping. 




THANK YOU FOR READING THIS.


Saturday, May 14, 2011

Bila HATI sudah NEKAD!

Maafkan saya! 
Bukan niat mahu berlagak atau mendabik dada. Keputusan yang dibuat bukan untuk suka-suka. Saya sudah berfikir sehabisnya. 
Seandainya ADA, maka ADA lah ia, tetapi seandainya sebaliknya, maka saya tetap menerima dengan hati yang terbuka tanpa sebarang syak wasangka.

Bukaan mudah. Bukan enteng. 
Tapi bila hati saya sudah nekad, I might say that THIS IS MY FINAL DECISION! No turning back! 
No more second chances! I believe this is the FATE by Allah. 



*Gambar sekadar hiasan* Kasih sayang. Nampak nampak. Tudung biar tak matching dengan baju raya sendiri, janji matching dengan baju Abah ;p *Apo gilo eh ekau Nana* Padahal tak sempat shopping tudung, so ekau main belasah je pakai apa yang ada kan kan kan. ADMIT IT NANA ;)                                       
  







NotaNana: Bersyukur dikurniakan Ummi dan Abah yang tak pernah memaksa, jauh sekali mendesak tentang siapakah pilihan hati. Abah, "Kalau Na suka, sayang that guy, Abah OK saja". Abah sangat COMEL! Umi, "You should find someone who loves you MORE THAN you love him". 
Hurm. Betul betul dan betul. TOTALLY AGREE WITH YOU UMMI SAYANG :)

Wednesday, May 4, 2011

Exhausted Week!

Hello everybody!
Now, my friends and I busy struggling for final exams.
What a hectic schedule that we have.
 Everyday is a tiring day.
Headache!
Dizzy! and so on so forth. 

Hopefully, all of ou can get a flying colurs result. Amin.



NotaNana: Tak sabar nak balik rumah dan tunggu 11 Mei ni. Nak jamak kosar and takdim untuk tidur. Hehe. Uishhhh... Mata panda da makin menjadi jadi. Badan semakin kurus, selera makan semua pupus. Waktu tidur tak payah cerita, dah macam burung hantu pun ada. Wuuuuaaaaaaaa.

OK, got to go. Nak sambung study Project crashing,QMT.