BACKGROUND

Tuesday, August 7, 2012

Tak suka. Tak sukalah.

Last night, chatting dengan kawan lama masa sekolah rendah dulu then dia tanya la 'awak tak suka apa'. Suddenly terdiam sebab masa tu blur sangat. So, harini baru dapat idea untuk hupdate blog musyuk masham ni. Heee.

So,here we go guys and girls.

1. Tak suka air yang bergas. Tak tau kenapa memang dari dulu lagi tak suka. Kalau bff semua dah tahu yang kita sangat suka minum Milo.

2. Tak suka lipat baju. Tak dapat nak pupuk sikap tu langsung.
 (Dear future husband,hope awak suka lipat baju :p)

3. Tak suka nasi beras perang. Kat rumah memang Ummi masak nasi guna beras tu,so,kadang-kadang sampai 2-3 hari tak makan nasi. Tapi hakikatnya,memang beras biasa pun tak gemor jugak. Just suka makan lauk/ ratah lauk tapi dalam kuantiti yang banyak dan nasi dalam kuantiti yang sikit je. Portion 1:4. Cewah.

4. Tak suka bila driving kereta belakang rapat sangat dengan kereta kita. So,akan 'trick' kereta tu suruh potong but dalam hati, "jaga kau jap lagi aku potong kau balik''. Ok. Dah potong balik baru puas hati :P

5. Tak suka bangun tido secara terkejut atau dikejut dengan kasar. Memang rasa nak bagi pelempang je kat orang tu. Kadang-kadang boleh buat moody satu hari.

6. Tak suka bila terlalu lama berjauhan dengan family. Homesick sangat. Sobsob.

7. Tak suka dengan perangai orang yang kuat mengarah tapi dia tak buat pape and tak tau pape. Rasa nak cepuk je kepala dia.

8. Tak suka dipaksa buat something yang memang tak suka. Rasa nak menangis je.

9. Tak suka memasak! Jangan tanya kenapa.

10. Tak suka ais or air batu, Kalo minum sekejap je dah  batuk.

11. Tak suka kalo kita nak cepat tapi kereta kat 1st lane tu drive 30km/j. Rasa nak pasang siren ambulan je kat kereta dan selalu berangan kalaulah kereta boleh terbang.

12. Tak suka kejar punch card waktu pagi. Dulu masa intern kat AG, selalu mengeluh especially on Monday.

13. Tak suka orang sarcastic. Melawak bodoh tak kena tempat dan keadaan.

14. Tak suka pakai high heels.

15. Tak suka dengar orang kacau air. Tak tau kenapa rasa 'annoying' gila dengar bunyi sudu berlaga dengan mug kaca or pape je sewaktu dengannya.

NotaNana : Kalau ikutkan ada lagi, empatpulohpat hari tak habis nak cerita. Ok. Tipu. Have a nice day people. Thank you for reading this.


                       Dulu,langsung tak suka budak-budak, tapi since si kecik ni lahir terus berubah.

Friday, August 3, 2012

ALHAMDULILLAH!

Syukur ya Allah kerana masih diberi ruang untuk bernafas dimuka bumi ini. Syukur kerana dikurniakan sebuah kejayaan (walaupun result tak hebakkk mana), Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk melalui Ramadhan sekali lagi dan Syukur kerana dikurniakan orang-orang penting yang sentiasa menyokong dikala ups and downs.

Masih terkedu bila check e-mail tadi. Alhamdulillah sudah OFFICIALLY bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Ini hadiah istimewa buat UmmiAbah. Orang-orang kuat yang sentiasa ada disisi tatkala diri terasa lemah dan kosong, semua lecturers yang banyak membantu, kawan-kawan rapat (especially 7 Wells),classmates,coursemates dan semua sekali. 

Dear parents,now,proudly to say that your investment is really paid off. Terima kasih sebab buat Na tak terikat dengan apa-apa hutang, cuma sentiasa berdoa agar diberi kesempatan dan waktu agar dapat membalas segala jasa dan budi baik kalian suatu hari nanti. InsyaAllah :')

"Even a mistake may turn out to be the one thing necessary to a worthwhile achievement." - Henry Ford

Yeah. I love that Quote. Saya bukan lah dilahirkan sebagai seorang yang bijak pandai. Tapi saya percaya dengan usaha kita boleh berjaya. Sering positive dengan ujian yang menimpa dan kena kuat dengan cabaran yang mendatang. Senang kata take it easy babes. As a final year student, busy sangat sangat SANGAT! Yeah! Mentally and physically must be strong. Yes it a must! If not, perasaan nak give up tu mesti ada tak campur tolak darab bahagi lagi dengan gangguan syaitonnirrajim tuh. Kuss semangat.

Whatever it is, just believe in yourself that YOU CAN DO IT AND JUST DO IT :) 
Good luck.

NotaNana : Kerja or business? *dilemma*

Puan Hajjah Norlaila Abdullah+class MAF680 kini hanya tinggal kenangan. Selamat tinggal UiTM Jengka :'(.













Wednesday, May 30, 2012

Coretan disebalik kemenangan Mini Innovation Show 2012

Alhamdullillah. Thank you Allah. Itu perkara pertama di minda sebaik diumumkan sebagai johan Mini Innovation Show semester March-July 2012. Terlalu berliku perjalanan yang ditempuh sama seperti sukarnya kami ke 'sana'. Tapi kemana?

- SEVEN WELLS SDN. BHD. Nama company yang dipilih. Sama sukarnya kami mendaki ke puncak Telaga Tujuh,Langkawi awal Januari lalu. Cerita penuh di entry ini http://sukedukeblog.blogspot.com/2012/02/keajaiban-telaga-tujuh-langkawi.html

- Produk Scooter Beg ialah produk ke-empat dalam list kami selepas Stroller bike, Pen pendrive, dan robot pemadam api kebakaran.

- Produk ini adalah idea asal dari MR AND MRS HAFIZ disokong kuat oleh Puan Hajah Norlaila Abdullah(advisor & lecturer kami)

- Dua minggu sebelum pertandingan, kami tak dibenarkan balik pada hujung minggu, dan setiap malam ada sesi perjumpaan. Kadang2 sampai pukul 1-2 pagi.

- Packaging Scooty B hasil kreativiti Anem Ahia dan dibantu oleh Ain, Hafiz, Husna, Fiza dan Farah.

- Uniform dan 'batch' adalah hasil perbincangan bersama.

- Dua hari (Khamis) sebelum pertandingan, saya curi2 balik Kuantan. Alasan nak ambil uniform dan sambil tu print out assignment for judges kat ofis Abah(nak free punya pasal ;))

- Brochure dibuat hasil kepandaian Kak Yus (PA abah). Thank you kak Yus yang banyak tolong kami (print out,binding etc). Actually, Farah yang buat brochure tapi bila attach kat file smuanya 'lari'.

- Banner 7 Wells juga dibuat oleh Farah Farhana. Warna latar based on warna baju Irene Nadia Marcello (blogger hot iteww). CANTIK :) thank you Auntie Pharah.

- Sehari sebelum pertandingan. On the way balik dari Gambang (ofis Abah) kereta Abah kena langgar dengan lori. Cabaran lagi!!!!!!!!!!! Me as a driver, TRAUMA!!!!!!!!

- Tiba di Jengka lewat petang. Assignment yang diprint out SALAH especially on calculation.

- Terpaksa print out yang baru dan alternatifnya gam terus kat official report.

- Malam sebelum pertandingan kami tido pukul 3 pagi. Sesi latihan rehearsal tamat pukul 1.30am.

- Honestly, kami tak sempat nak practise on stage (tempat pertandingan) bertujuh. Atas faktor kelewatan sy dan Farah yang tak berapa sihat.

- Beberapa minit sebelum naik stage, spek sy hilang dan kasut tercabut tapak. (Thanks Noni dan Azimah bagi pinjam kasut)

- Officially, sy pakai 3 pasang kasut pada hari pertandingan. Bajet cam retis tp booooo. 1. pagi kasut sendiri 2. kasut Noni(on stage) 3. kasut Azimah Azam (before announcement as a winner). Kau hado?? ;p

- Fiza dan CEO kami Hafiz adalah Akauntan sebenar. Semua calculation (Capital Expenditure, Product Costing, Production Overhead, Comprehensive Income Statement Budget, Breakeven Point, etc) Thumbs up guys.

- 1 REJAB, Kami berpuasa beramai-ramai :)

- dan pada 1 REJAB juga nenda kepada Anem Ahia pergi menghadap Ilahi. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

TANGGAL 26 MEI 2012, PADA JAM 1.25PM KAMI SECARA RASMINYA DIUMUMKAN SEBAGAI JUARA.

Kami percaya rezeki kemenangan adalah doa dari orang-orang terdekat especially parents kami smua. Bukan senang untuk menang. Duit,masa,tenaga semuanya harus bersatu. Terima kasih kepada semua terutamanya pada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Teristimewa buat ahli-ahli SEVEN WELLS SDN. BHD. Hafiz(CEO), Farah (Financial Manager), Anem (R&D Manager), Ain (Admin&HR Manager), Fiza (Purchasing Manager), Husna (Marketing Manager) and me(Operational Manager). Anda semua adalah yang terbaik. Jujur,kagum dengan semangat dan usaha serta tenaga yang digembeleng bersama.

Jari disusun pohon kemaafan. Salah dan silap harap dimaafkan.

"Friendship is unnecessary, like philosophy, like art.... It has no survival value; rather it is one of those things that give value to survival." 
~C.S. Lewis


Proudly presents to you, our lovely SCOOTY B :)


48 contestants, 7 groups, and 5 lovey dovey JUDGES.
Dear friends AC220 8A&AC220 8B,
You guys really did a good job. 
Semuanya pemenang dan tiada pengalah. 
FRIENDS FOREVER :)


NotaNana : Maaf flow cerita agak  lintang pukang.

Friday, May 11, 2012

Tak da MOTIF punya cerita!

Eh rajin pulak hupdate belog sejak dua menjak ni! 

Hari yang sangat 'pack', sangat penat dan sangat superwomen.*ya kerrr???*


6.30am - Solat subuh etc
8.00am  - Breakfast dengan Abah & Pak Cik Bakar
9.00am  - Hantar 'sappy' pergi bengkel. Tukar empat2 tayar,buat allignment and so on so forth
 (tujuan  utama balik Kuantan)
11.00am - Pergi BSN, tepi masjid negeri bayar bil letrik,air etc..kena saman dengan MPK *bengang kot!!!!*
11.45am - Next destination, ECM (EAST COAST MALL) bayar bil hp Umi kat Celcom
12.15pm - Move to RHB Bank (cash deposit duit, masukkan cek bagai)
12.30pm - Having lunch dengan Mommy and Kak Zati (ex-officemates)
2.15pm - Balik rumah
3.00pm - Hantar baju Ummi kat tailor
4.30pm - Tunggu Husna datang rumah. Bersiap-siap nak balik Jengka
5.00pm - Bertolak dari rumah ke Gambang (jumpa Abah dulu)
5.30pm - Join Abah, Pak Cik Bakar & Kak Yus makan durian tepi jalan. It's yummyyy!
5.45pm - Heading to Jengka
7.05pm - Safely arrived. Stop kat KFC beli dinner.
7.45pm - Tiba di Kolej Siswi, UiTM Jengka
8.00pm - Mandi, solat and dinner
9.00pm - Facebooking, sembang-king with beloved roomates Jai, Anem, Ain, Zati & Husna
11.15pm - Good night peeps!!! zzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZ! 

Motif ?? Ok tak da motif hupdate blog -_-/

NotaNana : Saya suka makan kuih talam. Tapi saya kurang gemar dengan orang 'bertalam-talammmm'! erkkk???

  dan.....

LOVE LETTER : 
Balik Kuantan hari Khamis (10 MEI 2012) lepas kelas pukul FAR 600  @ 12.00pm.
 Thank you Husna sudi temankan :)


Belajarlah kamu sebelum kamu 'dibelajarkan'
(motif semakin sukar dikesan ;p)

Wednesday, May 9, 2012

Wordless Wednesday #5 - Teaser for BiACC's Dinner and Family Day!

Coming soon (ececeh)...

Date : 4th May 2012
Day : Friday
Place : Swiss Garden Resorts and Spa, Kuantan
Theme : Glamorous Masquerade

Date : 5th May 2012
Day : Saturday
Place : De Rhu Beach Resorts, Kuantan


NotaNana : Activities as a final year student (insyaAllah).

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday # 4 : Shhhh..rahsia!


Rumours + Gossips + "Value added information" = DISASTER!

NotaNana : Makin lama makin banyak assignments, tests, presentation etc. 
UiTM mula kedek-ot. Nak bukak fb pun tak boley. Sobsobs.

Wednesday, March 7, 2012

Wordless Wednesday #3 - Fight back to SCHOOL!

From left : Fieza, Farah and me
From left : Husna, Anem and Ain

NotaNana : Sekian. Aktiviti-aktiviti hari pertama bergelar student semester akhir.

Saturday, March 3, 2012

Perlu excited atau tidak?

Selepas dua bulan menjadi penganggur terhormat mengalahkan YB, maka Ahad ni bermulalah episod baru. 
SEMESTER BARU. AZAM BARU.
Perasaan? Nervous, gelabah arnab, excited, sedih, takut, happy, rasa nak terkencing smua adalah. InsyaAllah, semester ni bakal jadi semester akhir.
After this, dah hilang nikmat jadi student. Kena keje yop keje. *sigh*
Dah tak da dah, mintak duit merata-rata kat parents, malu sikit awak tu dah 20+++ ok? 
Ok. Fine. Sedar diri. 
Dah terbayang UiTM Jengka Kampus Khazanah Alam mula memanggil-manggil seraya senyum ala-ala sweet gitu (perli atau??) Ah. Lupakan.
Suka tak suka, kena balik jugak esok. Jangan nak buat onar ponteng kelas. Hahaha.
Buat kawan-kawan semester akhir, student Bachelor of Accountancy,
 Good luck and all the best. Semoga kita semua success. Amin.
Tiba-tiba sem ni dapat kolej. Terima kasih abe-abe yang bagi duk kolej.  


NotaNana : Terima kasih buat parents yang menangggung semua expenses masa study, dari diploma sampai degree. Menyediakan semua kemudahan untuk ke kelas dan sentiasa memberikan yang terbaik buat anakmu. Doakan anakmu ini rajin-rajin sokmo.
Tak terbalas jasa kalian.
 Sedih baca nasib kawan-kawan kat FB pasal ptptn, ada yang kena deduct sampai RM 1K. Apakah?


Wednesday, February 29, 2012

BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012



 Assalamualaikum! 
Ayuh bersegmen-segmen di malam hari bersama Abe Ben ;)
Nak join segmen ni sebab mesti best bila main exchange link dengan bloggers lain yang jauh lebih otai dan banyak pengalaman (siapalah saya..sobs)...

APA YANG ADA DENGAN BLOG NI??

Macam-macam ado. Ok. Tipu. Anda datang, anda lihat, anda tafsir sendiri ;)

NotaNana :Jika anda berminat untuk bercinta  berkawan dengan saya,
sila tinggalkan komen dan link blog anda  dengan memeluk 
menulis :

 ANDA BERMINAT UTK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA ? “

InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda. 
Sekian.
 

Sunday, February 19, 2012

Kagum dengan gambar Pre-Wedding ini!

Assalamualaikum!

Di hari Ahad ni tiba-tiba rajin pulak nak update blog. Perasaan kagum tengok sekeping gambar ini. Betul lah kata orang sekeping gambar mampu memberikan seribu makna.


Gambar pre-wedding Imam Muda Hassan. Awesome sangat! 
Sekadar memegang Al-Quran dan tasbih.
Berkahwinlah... dengan itu pandangan lebih terjaga, maruah lebih terbela, kehormatan lebih terpelihara.
NotaNana : Alangkah bahagianya hidup jikalau mendapat suami seperti ini ;) 

Dan buat korang yang masih single/taken, you should read this!
Sekadar berkongsi carta di bawah dengan korang by Ustaz Azhar Idrus :) 


Perkahwinan yang paling berkat adalah yang paling murah mas kahwin dan paling murah belanjanya.

Perempuan tak solehah digalakkan kahwin denga lelaki soleh. Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh.

Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.

HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.

Picture : Credit kepada yang berkenaan :) 

Wednesday, February 15, 2012

Monday, February 13, 2012

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU


*EXCITED*
Dah lama tak bersegmen-segmen bersama Abang Ben ni. 

SEBABnya...SEBABnya (malu lah). Hurm sebab kena baca blog ni,
  • Lebih berkisar pada hal-ehwal semasa. Maksudnya, lebih pada diari peribadi tapi berkaitan dengan dunia realiti. Pengalaman sebagai trainee antara entri yang berjaya mencuri hati pembaca.                                                                                                                                         ( HARI PERTAMA SEBAGAI TRAINEE @ JAB AKAUNTAN NEGARA,PAHANG )
  • Sebagai pelajar, ada berkongsi serba sedikit ilmu. Dan entri tu paling mendapat banyak sambutan       ( PROBLEM BASED LEARNING : OVERALL 2 )

 

Singapore - Part 3

Sambungan dari entry-entry sebelum ini :


Hari ke-dua di negara seberang tambak yang dulu asalnya sebahagian dari Malaysia.
Kali ni, incik tourist guide bawa kami ke a few tempat yang dikategorikan sebagai tempat menarik untuk dilawati.
 Firstly, kami ke Bugis Street. Bagi saya, tempat ni sesuai untuk beli souvenir-souvenir untuk orang-orang yang jauh dimata tapi dekat di hati. Ececeh. Booooo.
Harga pun berpatutan. Susah nak bargain , normally, fixed price la.


Dimulakan dengan pembelian jam Ben 10 Najmi yang berharga 10SGD (SingaporeDollar). Tak tau kenapa, kalau berjalan je Najmi akan moody so nak bagi dia cheer up balik kena lah bribe something. 

 Ini turn kakak dan abang-abang Najmi plak.
Kembang lobang-lobang idung duk pilih souvenir. Huduh sungguh.


Keadaan sebenar dalam Bugis Street. Percaya tak,ice blended and pure juice dia hanya 1SGD?
Sangat murah dan sedap. Pure tak mix denga sugar langsung.


Now, we were in Arab Street yoo. Tempat beli karpet, kain lace pengantin n etc, kain-kain yang esklusif yang diimport dari negara-negara seperti Switzerland dan lain-lain lah. Kebetulan lusa (12th December) merupakan birthday Ummi, so Abah bermurah hati ler nak belanja buah hatinya. Anaknya pun tumpang sekaki ler ;)
Lepas shopping pun mata melilau lagi. Pompuan! Pompuan!


Adinda-adinda,Hassanul Aiman dan Muhammad Faiz. Kat belakang tu Marina Bay Sands.
Singapore pernah jadi final pit stop for The Amazing Race Asia 2.
Sangat addicted dengan The Amazing Race. LOL!



 Ummi dan Najmi. Sayang dua-dua :)


Ayuh kawan-kawan kita main lompat-lompat +___+ teeheee!


dan lagi.......


YES! WE DID IT. Heeee. Credit to my lovely Abah.


 Chinatown. Kat tepi area ni ada macam mall. Tapi, barang-barang kat sini kureng berkualiti.
Majoritinya from China. Setakat cuci mata je lah.


Lang Court.


Leather bag. A gift from Abah. Thank You! Love You.
*Smilee sampai nampak gigi +___________+


Posing lepas shopping tepi waterfront.


Orchard Road.


Goodbye Singapore. Till' we meet again. Me with Luqman Hakim :)

A few things I want to share with you guys :
  1. CURRENCY. Tukar duit mengikut budget anda. Survey awal-awal,lebih untung kalau time tu currency diorang drop. Masa pergi hari tu, 2.47SGD (SingaporeDollar) = RM 1
  2. LANGUAGE. More to English.
  3. TRAVEL AGENT. Carilah yang betul-betul bertauliah yang layak dilabel sebagai tourist guide. Tak salah melabur sikit, dapat jimat masa, dan tenaga.
  4. IMIGRESEN. Strict sangat masa nak masuk Woodlands, Singapore. Kalau tertidur dia tetap kejutkan sebab nak tengok muka sama tak dalam pasport, buka bonet kereta bagai lah. Tapi, jika sebaliknya spotcheck dia biasa je.
  5. HIJAU. Memang cantik sangat, sepanjang highway memang banyak sangat pokok-pokok. Memang sejuk mata memandang. Menurut Abah (sebab tourist guide memang hancuss), kerajaan Singapura memang sengaja tanam dan jaga pokok-pokok ni untuk Oksigen. Pernah satu ketika dulu, rakyat diorang selalu murung dan stress. Tanam pokoklah solutionnya.
  6. KEBERSIHAN. Memang tip-top. Kena denda kalau buang sampah merata-rata.
  7. DISIPLIN. Memang berdisiplin. Kat jalan raya pun dah boleh nampak.
  8. BUDAYA. Nampah lebih ke arah kebaratan. Banyak casino, pakaian pun.
NotaNana : "Ekeleh Singapore je kot". 
Walaupun Singapura hanya sebelah je Malaysia, tapi itu tak penting, yang paling penting dengan siapa anda menhabiskan masa yang berkualiti iteww.
Semoga Ummi dan Abah sentiasa dimurahkan rezeki agar aktiviti setiap setahun sekali ni dapat diteruskan lagi.
InsyaAllah. 
Doa saya, semoga ikatan sillaturrahim kami sekeluarga akan kekal abadi sehingga ke akhir hayat. 
Amin.



Wednesday, February 8, 2012

Singapore - Part 2

Malas nak cerita banyak kerana setiap gambar ada ceritanya *versi Yuna* ;)



Main entrance USS. Akak askar yang pakai suit kaler merah bling-bling busy duk check tiket. Hello Sir, Welcome to USS Sir...blablablabla.


Si bongsu tak jadi, Faiz dan si bongsu yang jadi, Ali Najmi :)
*muka Najmi muka mintak penampar. Merajuk latteewww. Ada yang tak kena latteeww.


Bila muka Najmi canggitu, Abah segera bertindak lalu dibelikan popcorn yang berharga 10SGD. Untunglaaa jadi anak bongsu. Kalau orang lain yang merajuk Abah buat derrrkk je la.


Mari ghama-ghama pakat make popcorn. Slake,slake *dialek Kelantan


USS terbahagi kepada tujuh part iaitu New York, Hollywood, Sci-Fi City, Ancient Egypt, Far Far Away, The Lost World dan Madagascar.  
So, we decided to start our journey with Hollywood. Berlagak ala-ala duk oberseas giteeww (perlu ke?) Haha. The attraction, ada thirteen but salah satunya,
The Brown Derby Shop - it's funny, crazy, silly hats and accessories for the young and young at heart. Erk?? Ok, Abah memang young pun ;)


Young and young at heart yang sebenar. *Phanggg


Now, we move to New York. New York yooo.
Lights, Camera, Action! Hosted by Steven Spielberg
Ni queu before we enter the show. 
 Setting dalam tu nampak macam ntah pape je, tapi ada - special effects as an empty sound stage becomes the setting for a major hurricane about to hit New York City.
Seriously, macam real, terasa seperti pelakon hebakkk parokkk tapi tak da peminat. Kwangkwangkwang ;p


Beratur, beratur dan beratur. Abah dan Najmi tengah diet :p


 Shall we dance? Come on. Let's dance together *tetiba. 
Street Dance *thumbs up!






Haiiiiii. Nama saya Nana ;) Nama awak? :p

Peminat mati kuat kipas (die hard fans) Usain Bolt. 
Diketuai oleh Incik Habbali Ibrahim ;p 


Trasnsformers, the ride yooo! Jom yooo! Tak naik rugi yoooo. 
Baru introduce on 3rd December 2011 yoo, if I'm not mistaken yooo.


Demi Transformers, beratur tigapulohlima lingkar pun sanggup. Almost 1 hour queu. Demm. 
Najmi mula buat perangai. Bosan beratur, panas, lapar dan bayang Transformers pun tak nampak lagi. 
Apa pun tak boley.


Ok,yang ni apa pun boley.
Minit ke 45- baru nampak teTv - teTv (sebab banyak maka jadi TE-TV) Transformers. Hentam lah labu. TeTv-TeTv itu menceritakan (hamboii ayat) Behind the scenes and the making of Transformers.

Me-Model-me Model spek 3D. zzzzz Luqman dah ngantuk. Hehe. Satu kereta for ride for 4 person. 
Jadi, Najmi nak naik berempat dengan abang-abangnya, maka kakak Najmi geng dengan Ummi dan Abah dan satu orang abang hensem *ehemehem ;) sangat awesome sebab ala-ala tengah berperang dengan enemy Transformers iteww. Tiba-tiba *booooonnnggg* bom datang tepat ke muka,punya lah real siap berlaga kepala dengan Abah. Spek 3D Abah patah dua. Dalam 15 minit mungkin duk 'battle' dengan enemy Transformers iteww. Fuuuhhh. Penat.

P/S WAJIB pakai spek 3D dan WAJIB jerit untuk dapatkan special real image and sound effects :p


Nak gambar dengan Transformers? Bak 5SGD ke 10SGD. 


Accelerator. Nama mainan ni. Main jugak sebab Najmi nak main.


Ancient Egypt. Aiman bajet katangg latteeww.

Lunch @ Oasis Spice Cafe. Nasi beriani 12SGD sepinggan. Taste? Boleh lah tahan.


Najmi, peminat tegar eskem Cookies 'n Cream 5SGD semangkuk kecil. Dua kali mintak eskem. 
Eskem dia cecomel je,boolat-boolat kecik macam bola tapi sangat kecik.*takretinakexplain.
 

MR Woody Woodpecker. Perasan tak Abah tutup kening dia??
Terinjured masa berlanggar kat Transformers Ride. Huhu.
Cian Abah. Ampun. Maafkan anakmu ini. Sobsob.


Main entrance Ancient Egypt.

Treasure Hunters-children can drive their own desert jeep through an abandoned Egyptian excavation site. Najmi's favvy. Layankan je la even kinda bored! zzzzzz.


Amaigaaad. Kami berempat, Luqman, Aiman, Faiz dengan berani mati naik roller coaster Battlestar Galactica yang berwarna MERAH iteeww. Abah cabar kami, kalau berjaya naik dia bagi 50SGD each. Even tak berapa berani, ketar lutut tu masa nak naik, tapi nak jugak try, hambeekk kau. Fuuuuuhhh. Rasa macam mati hidup semula. Jantung stuck, sereeeeemmm (up lagi dari SERAM!)

#Attention! Zooming at speeds of 90 KM/H, this seated coaster narrowly avoids collisions as it twists, turns and propels you OVER 14 STOREYS INTO THE AIR! demmmm! 


Welcome to Far Far Away. Bateri dah almost half, gone! So, just enjoy main kids punya  roller coaster (Enchanted Airways) and Magic Potion Spin. Nama nak kelaaass je.


Posing je la. Last show at 6pm. Sobsob.


Yeah! Let's sing along with Shrek's sidekick Donkey in an interactive 'live' show. 
Donkey kuat kentut, kata Najmi. 
Best jugak la layan bebudak kecik nyanyi, dancing sesikit. Adeeeii. Kalau tak da adik, tak da nya nak sing along dengan donkey! Layan kan je lah.


Ya. Sekali lagi demi adinda tercinta, Ali Najmi kami lima beradik naik menda alah ni. Layannnn.


The Lost World. Canopy Flyer yang mampu mengecut perutkan keadaan and Dino-soarin - syok jugak naik ni, naik Pteranodon (sejenis dinosaur), boleh naik dua orang, pastu dari lowered,bila kita press red button, naik up up into the clear blue sky. 
Cewaah. Ayat tak nak kalah kan. Najmi naik dengan Abah sampai empat kali. 
Suka sangat latteeeeww.
#isi takda kaitan dengan gambar di atas. Ekekeke.

NotaNana: Masuk USS tengah hari, keluar malam hari. 
Next entry,  pasal Bugis Street, Chinatown, Merlion Park and etc :)
Thank you for reading this :)